awak tekan sy suka

Monday, October 18, 2010

taK taNanG dooooo........

salam..
pernah tak korang rasa seperti mahu menghilangkan diri dari dunia?
perlahan-lahan tersejat bersama-sama angin yang bertiup
perlahan-lahan terbang tanpa disedari?
terbang meninggalkan masalah?

tapi aku tau,lari dari masalah bukan jalan penyelesaian. dan suka menangguhkan masalah,itu masalah aku yang sebenarnya.
ya,hati aku sekarang memang tak tenang. macam ada sesuatu benda menumbuk-numbuk dari dalam.
aku seorang pelarian. itu yang ramai orang tak tahu. mungkin tu jugak salah satu sebab kenapa aku tak tenang.lari dari apa dan siapa.tak ada yang berminat nak tahu rasanya.
things do not fine even they look fine.
hakikatnya ini yang aku rasa.. rasa kecewa..rasa bersalah..rasa cm nak nangis..rasa macam2 rasa.. semua rasa aku rasa sekarang ni. someone pless help me..
ya ALLAH... tenangkanlah hati hambamu ini.. bawaklah rasa ini pergi jauh dariku....amin...

*i hate to be emotional especially in public like this. sangat tak cool tahu tak? damn,what i'm doing??
**be strong tiqah... u can do it..
~~siti nurul atikah abdullah~~

Thursday, October 14, 2010

~~cinTa yG berDuKa~~~


Cinta adalah kesegaran dan keharuman bunga yang dikirim surga untuk membuat dunia tersenyum

Parasnya laksana embun menyambut pagi , dan mengilhami bunga untuk menebarkan keharuman dimusim semi, mengilhami kumbang untuk meresapi tentang keindahan sari .

Dengan segala kecantikan dan pesona hati yang begitu sempurna, semua orang akan menilai ia adalah gadis paling beruntung, hidupnya dipenuhi oleh kesenangan dan kegembiraan.

Namun siapakah yang menyangka bila duka dan derita telah memenjarakan gadis tersebut?....

Siapakah yang bakal mengira bahwa jiwanya telah terangkat lalu terbang dari tubuhnya- untuk mencari keagungan cinta...Tiada seorangpun tahu tentang duka hati yang membaluti jiwanya...tiada seorangpun tahu tentang ratap tangis dan rintihan kalbunya dikeremangan malam...

Dibalik cahaya bintang dan bulan aku melihat jasadmu terkulai laksana merpati yang patah sayapnya, engkau memanggil-manggil pasangan jiwamu, yang juga terkapar dalam sayap kerinduan...
http://www.emocutez.com
Memang pesona kecantikan yang dia miliki dapat menyembunyikan kesedihan hati akan penyakit cinta, tapi bukanlah obat sesungguhnya dari penyakit itu...Obat itu sesungguhnya ada pada orang yang telah mencuri hatinya... orang yang selalu dikenang ketika siang dan menjelma mimpi dikala malam.

Tiada seorangpun yang dapat mengerti dan memahami kesedihan hatinya begitu pula keluarga dekatnya , belahan jiwanyapun menjalani nasib yang sama , seorang diri ia mengelana ditengah hutan dan lautan perasaan.

Bahkan cinta merasakan penderitaan yang ia rasakan lebih perih dari pasangan jiwanya, Ia (si- belahan jiwa) terbebas dari aturan dan adat istiadat untuk menjaga martabat keluarga.

Tetapi cinta? Bintang itu harus tersenyum pada sekelilingnya agar tidak dicap angkuh, semua yang ia perbuat berjalan beriringan dengan ukuran harga diri, semua yang ia lakukan harus sesuai dengan tuntutan masyarakatnya, demi martabat keluarganya.

Tidaklah mungkin seorang putri raja keluar dari istananya, dimana setiap pasang mata selalu mengawasinya; hasrat hatinya terpendam untuk berjumpa dengan seorang pemuda yang tinggal di sebuah desa terpencil yang telah mencuri hatinya- desa yang belum pernah ia kunjungi sekalipun dalam mimpi...

Itulah tatanan dunia dan akupun memakluminya....

Ia harus terus tersenyum walau hatinya menangis, gemerlap dunia telah memaksanya untuk memakai topeng-topeng kepalsuan.

Kumohon padamu cinta...hentikan airmatamu, lepaskan segala gundahmu....

Aku mendengar rintihan jiwamu, aku mendengar resahmu , kucoba untuk menjawab setiap pertanyaan bathinmu...kemarilah cintaku bersandarlah dibayang bahuku, yakinlah bahwa aku akan ada disetiap bayang...Ulurkanlah sayap patahmu, kan kugapai dan kusembuhkan dengan kepakkan syair jiwaku.

Aku akan mengawalmu dari pencela-pencelamu....Bunga-bunga boleh saja layu, tapi ku kan menjaga agar cahaya bunga itu slalu merekah ditaman hati, lalu menjelma menjadi cahaya bintang yang mengisi kesunyian malam
http://www.emocutez.com
Duhai cintaku berjanjilah dihadapan langit dan bintang...sekalipun kita takkan bersatu, namun jiwa kita kekal dalam keabadian cinta.

Tersenyumlah bersama mentari, sampaikan salam kerinduanmu padaku-melalui desiran angin dan kicauan burung-burung diangkasa serukanlah segala impian indahmu...

Ketika ku mendengarnya, aku kan rentangkan sayapku, lalu kujemput jiwamu yang memanggil jiwaku, bersama kita berdua dalam rengkuhan sayap-sayap ilahi , menuju cahaya kebadian....

http://www.emocutez.com
~~siti nurul atikah abdullah~~

saya tak suka.....

assalamualaikum teman~~

sy x suka bila sy dlm keadaan sedih..
sy x suka ada org spoiled kan mood sy..
sy x suka bila ada manusia yg x leyh dngr pendapat org lain ( dgn kata lain,idea dye je yg betol )
sy x suka bila org terlalu ego..tau buat salah tp x pndai mintak maaf..
sy x suka bila org suka ckp besar tp hasil kerja nye hampeh..
sy x suka bila org suka wat alasan yg x relevan langsung...
sy x suka bila org pndg rendah pd org lain..
sy x suka bila org selalu salahkan org lain ats kesilapan dia sndiri.. (ni penakut pnya org)
sy x suka bila sy nk marah org..
sy x suka bila org x reply msg sy...( terutama msg yg penting2)
sy x suka bila org reply msg sy tp caranya mcm x mo rply ja...
sy x suka bila org tnya sy soalan dgn nada yg mcm +++++++
sy x suka bila sy rindu org lain selain dr org2 terpenting dlm hidup sy...
sy x suka bila sy xde org komen kt wall fb sy (hehhehe..supaya wall fb sy x empty ok)
sy x suka bila org dapatkan sy bila dye nk mintak tolong je...(skrg dye dah hilang lagi sbb da settle)
mmg bungeks org mcm ni..sy sgt x suka...sowi lo..wlau kwn sndiri...
sy x suka bila sy x de kwn nk ckp..
sy x suka bila org perli2 kwn sy..
sy x suka bila kwn sy sakit..
sy x suka bila ada krisis ngan kwn sy sendiri..
sy x suka bila kwn2 sy nk berahsia ngan sy...
sy x suka bila pakwe kwn sy msuk cmpur hal sy ngan kwn2
sy x suka bila sy x de perasaan rindu pd parents n family sy...
sy x suka bila org paksa2 sy buat keje yg sy x suka...
sy x suka bila sy study last minute..
sy x suka bila sy x paham pape..
sy x suka bila sy tertinggal pelajaran..
sy x suka bila ada tenaga pengajar yg bersifat x adil..
sy x suka bila sy lara...bila sy lupa nk baca quran.
sy x suka bila x de org nk tegur sy..

sy bukan suka2 x suka sume ni...sy x suke sbb ada motif nyer...walaupun sy list kan bnyk sgt yg sy x suka...x semestinya sy ni org yg perfect...of kos la not kan...so,sy pom berusaha jgk xnk buat apa yg org x suka..tmbh2 lagi apa yg sy x suka sume tu,sy usahakan supaya sy sndiri pom x buat perbuatan tersebut...... sy suka pe yg patot sy suka n sy x suka pe yg sy xpatut suka...suka n x suka...dua bnda yg sbjektif~~~
~~siti nurul atikah abdullah~~

tak der motifff?????

salam..

sekali lagi aku buat tindakan berani mati sebab tulis blog pada masa ni walaupun malam ni aku ada test QMT337 dan aku tak habis lagi buat tutorial yang berlambak2.dengan esok presentation ETR lagi.. lusa test lagi.. saper tak tension dengan keadaan macam ni.. but.. aku try untuk enjoy bila wat sumer keje2 tu... supaya kepala aku pun tak lah jadi cam michle jachson tengah buat persembahan..(betul ker aku eja.))hehe..lantak lah..tapi kan..masa2 macam ni,best student pun tengah sibuk menelaah lecture note (ke tengah main game??)..aku pulak yang berada di paras sederhana ni ada pulak masa untuk berblog. lepas tu,bila dapat result biasa2 je, buat2 marah diri sendiri cakap ,aku dah buat yang terbaik. kenapa dapat result biasa2 jugak??? why?? why??padahal diri sendiri dah tau jawapan,lagi mau tanya.
harapan aku ialah janganlah ada lecturer yang marah2 kitorang. penat la kena marah ngan bebel ni. nak letak chewing gum kat dalam telinga takut nanti tak boleh keluar balik pulak. tak pasal2 pekak sampai mati.tak boleh dengar lagu korea lagi.tengok,dah mengarut pulak..senang betul aku terpesong,tak per.. yang penting spm dulu BM dapat A1.

apasal aku rasa sem ni cepat gila, dah nak masuk study week dah,aku pulak baru nk cari note2.. wahahah.... tensi...tensi.tensi... aku plak.. study macam hampeh jer.. cam ner nak dekan sem ni....adosss..
eh,aku ni asyik cakap pasal study je kan?? bosan kan? tapi dah nama pun student,takkan nak cakap "hari ni I meeting dengan Dato K pasal projek perumahan RM 4juta dekat Ampang" atau "I baru balik dinner dengan Tan Sri Z kat Hotel Hilton" pulak kan. tak logik la pulak kan.

sebelum menamatkan entry yang memang tak ada motif ni,nak promote single terbaru aku,eh bukan.. Ana Raffali . bukan baru sangat pun,tapi aku suka maka ayik ulang lagu ni 14 kali sehari dalam bilik.
ok,sebelum aku kena pancung dengan lecturer sebab tak bleh jawab test,baik aku stop entry yang takde motif ni..


;;rumet tengah membebel.....

~~siti nurul atikah abdullah~~

KiSAh aKu yG fRuSt;((((((

salam..

ini bukanlah kisah malang hidup aku yang penuh pengajaran mahupun teladan,tapi ni kisah aku yang frust bila lelaki pujaan hatiku dah berkahwin. tapi aku jenis wanita yang tabah,kuat dan redha sahaja dengan qada dan qadar,so aku takdelah nak mengamuk tak tentu pasal ataupun nak boikot tv3 sebab menyiarkan perkahwinan lelaki pujaan hati aku secara hidup (live). Aku juga sudah redha sebab perempuan pilihan lelaki itu memang sama cantik sama padan dan nampak bersederhana which is the most important aspect.cehhh.... redah..meredhai lah plak... biarpun aku dah frust menonggeng..wakakakka~~



yes, aku memang kipas susah mati lelaki diatas:)))
takpelah ,yang lepas biar lepas,life must go on..hehehe



Cerita yang manis.

untuk maklumat,dr.halina adalah student SM dulu.kiranya lecturer jatuh cinta pada student la ni.according to SM, dia jatuh hati pada dr.halina sebab dr.halina selalu menjawab soalan yang ditanya dengan bijak dan yang penting the answer is correct.And during bedside teaching at hospital,dia saje2 je choose untuk mengajar dr.halina in person.Ambil kesempatan untuk mengorat kot.hahaha.

kapan kokk....????

salam..


wo wo wo...sila jangan salah paham dengan statement diatas,maksud aku bukan membesar secara fizikal tapi membesar maksudnya jadi dewasa. kalau secara fizikal,aku rasa memang aku ni dah terlebih besar dah ni. agak2 diana dianelle pun tak besar macam aku walupun kami sama umur.eh,jap..same ke ek?? macam dia lagi muda je rasanya. ah,tak kisah la. lagipun topik aku sekarang ni takde kena mengena dengan diana danielle mahupun skandal teman tapi mesranya,farid kamil. alamak,apsal ayat macam murai.com plak ni.hahaha



bila la aku nak besar..bilo la ambo nak besar,kapan kok aku bisa jadi dewasa..ayat2 diatas ni memang selalu sangat bermain kat pikiran aku ni. aku pun tak tau nape dorang asyik dok main kat pikiran aku je,bukan kat playground mahupun funfair.alasan kenapa aku nak sangat jadi dewasa sudah tentu bukan sebab aku tak sabar nak mengundi dalam pilihanraya mahupun dapat masuk ke pusat2 hiburan tanpa ditahan..nauzubiilah hi min zalik..tapi sebab aku dah penat nak menyusahkan dan bergantung pada orang disekeliling aku.


yes,aku nak jadi manusia yang berdikari dan tak perlu bergantung pada orang lain lagi.
benda ni simple je,aku pikir bila aku dah kerja,dapt gaji,ada kete sendiri yang dibeli dengan duit sendiri,kan hidup lebih senang.



sekarang ni nak pegi mana2,naik bas maraliner je,paling ganas pun naik teksi nissan pakcik hassan,tu pun kena layan lawak2 dia yang tak lawak langsung tu baru dapat murah. bukan aku tak bersyukur,tapi kalau ada kete kan lagi senang dan praktikal.

honda city idaman hati


pastu kalau nak shopping ke tengok wayang ke,takde lah dibelenggu rasa bersalah sangat sebab guna duit yang sepatutnya guna untuk beli buku2 aku guna buat berjoli frog. (cey..rasa bersalah ke?).kalau guna duit dari gaji sendiri mesti tahap kepuasan dia berada di tahap maksimum kan
lagi satu,senang sikit nak beramal jariah. maksudnya,bukanlah sekarang ni tak boleh nak menderma ke hape,cuma agak terbantut la sikit sebab duit buat masa sekarang ni,banyak mana la sangat kan.

sebenarnya memang banyak lagi alasan2 lain yang kukuh kenapa aku nak cepat2 besar,keje dan ada duit sendiri. memang banyak.

orang lain pun mesti ada perasaan yang sama kan??

Thursday, October 7, 2010

benci!!!!!!!!!!!!!!!

salam..

hai semua orang!!!

hari ni ni aku rasa nak tulis panjang2 sikit,mungkin sebab lama dah tak tulis karangan sekolah,so,aku rasa cam nak berlatih skill ayat2 power aku cam dulu2. bisa ya semuanya???


ok,hari ni aku nak cerita pasal hubungan sesama manusia atau hablu minannas dalam bahasa arabnya. Dalam bahasa arab je aku tau,dalam bahasa lain korang boleh tanya cikgu bahasa masing2. Oh,sebelum itu,aku nak bagi warning awal2,aku bukan nak bagi ceramah atau tazkirah ,cuma nak berkongsi pengalaman sendiri. Walaupun bukannya pengalaman yang best mcam daki gunung everest atau menonton piala dunia dalam HD,tapi,aku harap korang dapat something dari story aku ni. bereh ye semua..


"apsal aku asyik 1 group dengan mamat tu sem ni,dah la aku benci,menyampah gila tengok muka dia tu"


mcam tu la bunyi komplen dari kawan aku dua tiga hari ni.. hahah..korang pun mesti penah rasa camtu kan. rasa benci gila kat seseorang tu,rasa cam annoying tahap dewa tengok muka dia dan kadang2 rasa cam nak bagi penumbuk sulung je kat muka tu. amboi,suka-suki hati nak tunjuk gengster nampak.

ok,aku pun penah rsa cam tu, dulu time sekolah,aku cukup allergic dengan sorang cikgu ni,bukan sebab dia annoying apa,tapi sebab dia marah aku sebab aku tido dalam kelas dia. masalahnya,budak lelaki bukan main syok lagi tido nasib baik tak berdengkur je kat depan dia. boleh pulak dia buat dek je. aku yang duduk belakang sekali,pastu amik port pulak,belakang budak yang saiz XL supaya dia tak nampak kegiatan tak bermoral aku,punyalah tahan nafsu nak tido,tersengguk2 tahan mengantuk kena marah macam apa je. Sape tak hangin bhai.. so,lepas,kejadian tu,aku memang allergic la dengan cikgu tu. sebab konon2nya dia tu double standard dan seorang pendiskriminasi wanita yang sejati la. dan Allah itu,maha kaya,last2 time form 3,aku dapat dia sebagai ayah angkat time program mentor-mentee. so,bila dah jadi bapak aku (kitorang panggil dia papa),barulah aku tau dia tu sebenarnya baik yang teramat dan bukanlah pendiskriminasi wanita atau pencinta wanita. itu Irwansyah.


kisah kedua pulak,aku sangat la tak suka dengan sorang lagi cikgu ni,kali ni cikgu pompuan. Garangnya,mak aih,kalah cikgu linda dalam Akademi Fantasia. Dah la aku tak minat subjek dia ngajar,dalam kelas asyik berangan je . bila hati dah tak suka,ap yang dia ajar tok sah cakap la,masuk telinga kanan keluar telinga kanan jugak,tak singgah langsung kat otak ni. bila kelas dia je,stat la aku buat muka macam kena paksa tengok drama melayu kat tv1 malam2. Bosan yang amat. Akhirnya,sekali lagi aku dapat dia sebagai mentor aku . lepas tu,aku baru sedar,dia sangat baik dan caring kat student dia. sampai sekarang pun dia still amik tau lagi pasal aku. tak garang langsung pun sebenarnya. dulu,dia garang sebab pembawakan budak gamaknya sebab time tu dia mengandung.tak boleh salahkan dia jugak,dah la berat bawak baby dalam perut, dapat pulak student perangai cam mangkuk tingkat cap kuda belang macam aku ni pulak. sape tak stress??

so, 2 kisah diatas berakhir dengan aku sayang kat cikgu2 aku tu.


ah,stressnya kepala otak aku tengok muka ko. Rasa macam nak pakai headband kaler pink pastu nak pose macam ni tanda stress....


last sekali,ni yang latest,aku cukup la rasa annoying dengan sorang budak lelaki ni. tak tau la kenapa,rasa cam baik aku pegi toilet dari tengok muka ko. pastu rasa nak lukis katun dia,pastu cucuk2 hidung dia dengan ubat pensel.macam tu la tahap menyampah aku kat dia. tapi memang aku ni spesis tak boleh benci orang lebih2,last2 mesti dapat. oh,bukan dapat dia jadi boypren aku tapi aku ditakdirkan satu group dengan dia dalam satu group. bila dah satu group,baru la aku kenal dia dan tahu perangai sebenar dia. walaupun dia annoying,tapi dia sebenarnya agak gentlemen dan agak bertanggungjawab as a guy(agak laa....). so,my mindsetting toward him slightly change. Walaupun tak berakhir dengan aku suka dia, tapi at least i can see different side of him sekarang. other than the annoying side. so, konklusinya,dia tak seburuk yang aku pikir selama ni.



So,based on my story yang panjang lebar tu,aku belajar sesuatu. Never ever hate people around you. Benci tu tak salah tapi jangan lebih2. Sedang2 sudah la. And bila korang dapat satu group satu kelas or whateve dengan orang yang korang benci sangat tu, accept it. Apa yang berlaku,mesti ada hikmahnya,right?

Macam aku sekarang,aku ialah seorang yang amat percaya sesuatu yang berlaku itu mesti ada hikmahnya. Allah itu Maha Adil.