awak tekan sy suka

Tuesday, October 18, 2011

mencari tuhan dalam teknologi kita.~~~

Assalamualaikum semua...

pernahkah kita terfikit untuk mencari tuhan dalam teknologi kita yang sedia membanguh dengan begitu pesat sekali yang mana jika dibandingkan dengan cendawan yang tumbuh selepas hujan...maka kalahlah cendawan tanpa bertanding...huhu.. apa hubungan teknologi itu denan kita sebangai manusia ni???

Memang tidak dapat dinafikan, kemajuan sains dan teknologi telah membawa banyak kemudahan dan kesenangan dalam kehidupan seharian kita semua..semuanya hanya dihujung jari... berbekalkan akal fikiran serta limpahan ilmu kurniaan daripada tuhan yang maha mengetahui, kita sebagai manusia meneroka segala yang ada disekeliling kita untuk mencari jawapan kepada pelbagai persoalan dan pelbagai masalah..demi membina satu kehidupan yang lebih selesa dan aman sejahtera..

bagi kita yang hidup pada abad yang ke 21 ini.. kehidupan kita sendiri sudah tentu jauh berbeza dengan zaman terdahulu.. yang kononnya hidup pada zaman batu.... saya juga tidak dapat membayangkan bagaimana jika kita menjalani kehidupan tanpa bantuan dan sokongan teknologi hari ini yang sudah menjadi "sebahagiaan" daripada diri kita sendiri.. mungkin hidup tanpa henset misalnya... laptop.. ipad... boleh ke?? urmm.. nak menggelupur satu badan lah kut...

sememangnya hidup kita ini sudah terkesan dengan teknologi yang kita nikmati.... samada kita perasan atau tidak..kesan teknologi terhadap manusia dapat dilihat dari pelbagai aspek..dan juga teknologi manusia untuk melakukan pelbagai perkara.. sebagai contohnya..kemajuan teknologi pengangkutan dengan penciptaan pelbagai jenis kenderaan yang mempercepatkan perjalanan kita... cuba kita fikir... pada zaman kita ini.. ckap sahaja hendak kemana..pasti sampai.. nak kebawah dasar laut pun boleh...

sesuatu yang dianggap sangat sukar pada zaman dahulu... menjadi sangat senang pada hari ini..namun tidak dapat dinafikan...kesan buruk daripada teknologi juga terlihat apabila peningkatan kemampuan manusia telah menaikkan paras tuntutan kehidupan mereka.. ini bukan hanya melibatkan perkara yang bersangkutan dengan pekerjaan, pembelajaran dan profesion seseorang...malah turut melibatkan tuntutan yang berkaitan dengan kehidupan peribadi..kekeluargaan dan hubungan sosial sesama manusia.. pendek kata ..disebabkan kemampuan yang begitu canggih ini...manusia dituntut untuk berbuat dengan lebih dan lebih lagi... keadaan ini boleh meninggalkan kesan yang tidak baik kepada aspek kehidupan manusia apabila semua orang begitu sibuk memenuhi tuntutan2 yang semakin bertambah dan begitu mendesak...

pada peringkat inilah ..mungkin ada antara kta merasakn..bhawa teknologi telah menjadi begitu dominan dalam kehidupan..walaupun belum sampai ketahap yang sering digambarkan dalam cerita sains fiksyen yang menunjukkan komputer..mesin dan robot mampu menguasai manusia.. sebaliknya komputer..mesin dan robot itu siapa yang mencipta.. manusia bukan...dan manusia itu siapa yang mencipta... maka jawapannya adalah sang pencipta agung kita Allah S.W.T...

bagi kita sebagai umat islam... kita harus pergi lebih jauh lagi dengan melihat kepada nilai2 kerohanian kerana kejadian manusia tu bukanlah fizikal dan sosial semata2.. jadi.. kita perlu mencari dimanakah makna yang bersifat ketuhanan dalam teknologi kita.. dan yang paling penting.. perlunya kita meletakkan makna ketuhanan dalam teknologi yang kita bangunkan.. oleh sebab itu.. apa yang perlu kita buat adalah dengan kembali kpada apa yg diperintahkan kpada kita. kita disuruh intuk memerhati alam semesta sebagai tanda2 kekuasaan Allah S.W.T... dalam ayat al-Quran disebut..:
"sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi , dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda2 (kekuasaan , kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang yang berakal.(iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring. dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata): "wahai tuhan kami! tidak lah engkau menjadikan benda2 ini dengan sia2. maha suci engkau maka peliharalah kami daripada azab api neraka.""(surah ali 'Imran 3:190-191)

bagi orang yang tidak bertuhan pd zaman ini..mereka percaya dengan kekuasaan teknologi.. tambahan pula teknologi dilihat sudah mempunyai "sifat" yang seakan2 ketuhanan mengikut pandangan mereka. iaitu dari segi ia wujud dan tersedia dimana2 sahaja dan pada bila2 masa..mampu bertindak balas dan memberikan hasil dengan serta merta.. disebabkan teknologi itu hasil ciptan manusia..jadi manusia merasakan bahwa mereka mampu berbuat apa2 jua sehingga melihat kekuasaan teknologi itu sebagai kemampuan dan kekuasaaan mereka sendiri...

JANGAN SEANGKUH FIRAUN!!!!!
sejarah telah melakarkan manusia yg tidk percaya kepada kekuasaan Allah s.w.t telah menganggap dirinya berkuasa sama seperti tuhan..telah menemui kehancuran kerana tewas dengan kekuasaan allah s.w.t.  sepertimana yang sudah berlaku dengan firaun kesombongannya ternukil dalam al-Quran ketika dia berbicara dengan nabi Musa a.s:"firaun berkata(dengan sombongnya):'dan siapa tuhan sekalian alam itu?'"(surah al-syu'ara' 26:23)

kelemahan manusia dihadapan kekuasaan allah s.w.t juga terlihat pada zaman ini. sehebat2 manusia dengan kecanggihan teknologi pun tidak mampu mencegah gempa bumi, tsunami, banjir, ribut taufan dan segala macam bencana alam yang Allah s.w.t timpakan kpada mereka sebagai tanda peringatan bagi orang yang beriman dan yakin dengan ayat2 nya...

maka dengan melihat kamampuan teknologi itu , membuatkan kita sedar akan kehebatab dan keagungan allah s.w.t dengan kata lain, " sifat ketuhanan" yang ada pada teknologi itu sebenarnya kembali kpada tuhan yang sebenarnya, Allah rabbuljalil..

sebab tulah dalam kita menjadikan teknologi sebagai sebahagian daripada hidup kita.... janganlah jadikan ia sesuatu yang melalaikan. Gunakanlah ia untuk tujuan dan perkara yang dapat mendekatkan diri kita dengan allah. jadikan ia sebagai tanda kelemahan manusia dan tanda kekuasaan dan keagungan tuhan... carilah Allah dalam teknologi kita... nescaya kita dapat menemuinya... Allahumma amin....

Monday, October 10, 2011

bUlaN dikeLiLinGi cIncIn caHaYa~~

assalamualaikum~~ hello hai...
hari ni rasa rajin nak update entry baru sebab ada berita tergempar yang sangat2 rasa nak sampaikan pada semua orang,,..
sebelum tu nak tanya korang dulu..korang tengok tak bulan malam ni...?? cantik kan?? around 10 pm my fren text me.. "cepat2 tengok bulan ..cantik sangat" tapi terlambat sikit... rugi sangat rasa... korang sumer tengok tak.. lepas tu rasa tak puas hati.. tanya dia knapa dnagn bulan.. dia pun bagi link search kat internet..ada gmba sekali.. ni ha gambar nyer..

saper yg dapat tengok secara live tu kira sangat2 bertuah la sebab dapat tengok fenomena halo moon pada 10 oktober 2011.. bukan hari2 berlaku... kejadian ini dipanggil halo moon ataupun ring around the moon..kalau korang ingat balik kan.. kejadian dah pernah berlaku dah.. iaitu sebelum berlakunya tsunami kat acheh dulu..pada malam sebelum tsunami tulah terjadinyer fenomena macam ni... urm.. pastu rasa nak tahu sangat.. sy pun search lagi pasal ring around the moon ni... terjumpa beberapa fakta menarik... yang menarik ni lah yang kongsi ngan korang semua...

kalau korang semua nak tahu kejadian ni kan berlaku bila mana cuaca menjadi terlalu sejuk menyebabkan terdapat banyak partikel-partikel ice crystal di sekeliling bulan..ianya merupakan titisan air hujan..

kejadian ini biasanya berlaku dinegara2 yang bermusin sejuk.. kerana apabila berlakunya kejadian ini... dalam masa 48 jam akan berlakunya hujan atau salji.. tapi kat mesia nih salji amende nyer..nampak nya minggu ni hujan jela berpanjangan..

satu perkongsian:

beberapa tahun lepas..iaitu sebelum terjadinya tsunami... di liputan lautan india..yang berdekatan dengan titik gempa di acheh.. telah berlakunya kejadian lingkaran bulan ni... bentuknya hampir sama dengan gambar diatas.. dan lingkaran tersebut dapat dilihat dimana2 sahaja diselatan asia pada masa itu..


kalau anda semua tak percaya.. anda semua boleh menghubungi kawan2 anda yang pernah berkhidmat dengan mana2 kapal samada kapal TLDM.. atau kapal pedangang..ini kerana merekan tentunya kan melihat fenomena ini..dan pasti mereka akan mengingati peristiwa ini..

pointnya disini adalah.. graviti bulan memainkan peranan untuk menyebabkan mentel planet bumi supaya.. untuk melakukan proses menggerak dilaluannya dengan lebih cepat dari kadar kelembapannya yang normal...

hasilnya.... kerak2 ini vakal bergerak lagi 2-3 bulan.. tapi kerana bantuan bulan..pada malam yang sudah cukup bulat untuk menjalankan aktivitinya..lalu proses menggerak berlaku dengan lebih laju...lalu...

terjadilah pelepasan tenaga dibawah laut...yang menyebabkan ombak diangkat dengan begitu laju..dan terjadilah tsunami..ramai engineer2 kapal termasuk kapten dan kelasi2 kapal telah menyaksikan perkara ini... anda semua boleh nertanya dengan mereka..pasti mereka mengetahuinya..

lingkaran bulan ini adalan tanda2 yang ditunjukkan oleh allah s.w.t untuk hamba2nya yang berakal... untuk hambanya mengenal pasti bencana yang akan menimpa... ingatlah ketika allah mengatakan "kun fayakun" maka akan terjadilah ia dengan tidak awal walau sesaat dan tidak lewat alau sesaat...

ingkaran ini terjadi tadi diterengganu kira2 pada pukul 10.00pm hingga 10.30 pm... sekejap sahaja.. dan ianya betul2 berada diatas kepala...
(bukankah terengganu merupakan Negeri Darul Iman??)(bukankan dinegeri itu mempunyai batu bersurat tentang kisah peristiwa genting yang akan berlaku dimasa depan?)
bukankah terengganu mewarisi bendera hitam dan logonya itu??

kronologi pembuktian TSUNAMI NUSANTARA:

  • hadirnya bulan berlingkaran(ada aura di keliling bulan)
  • pada esok siangnya akan berlaku mendung yang panjang(sehingga melebihi 1 hari penuh)
  • pada keesokan siangnya, pasti berlaku kematian yang banyak..(di Nusantara)
  • semeanjung tanah melayu terutama di Perak, Penang, Kedah (ketiga2 negeri ini bakal menghadapi tanah jerlus..:di sesetengah daerah terpencil"
  • air terjun akan menjadi deras
  • erang pasti timbul dipesisiran pantai peranginan epas beberapa hari atau minggu
  • kehadiran makhluk2 laut asing seperti dugong dan sebagainya yabg bhidup di laut yang dari yang lain ..

AMARAN::

  • elakkan duduk dibawah kipas syiling...
  • elakkan mandi di air terjun atau kolam air panas
  • elakkan mandi ditepi pantai
  • elakkan berkunjung dikawasan tanah lembap

catatlah kronologi diatas,
kerana perkara ini akan bermula sebentar sahaja lagi... bermula seawal matahari terbit keesokan harinya, bila salah
 satu perkara yang disebut diatas tadi terjadi, silalah highlightkan petikan ini... kerana secara lazimnya sejarah yang sama pasti akan berulang tapi dengan kaedah lain tetapi denagn ciri2 yang sama...

saya pun tak pasti akan fenomena ini.. dan yang pasti lebih baik kita berwaspadadengan peetunjuk yang allah berikan kepada kita...

p/s:: tetiba rasa takut yang sanagt amat takut..
p/s:teringat perisriwa 10/10/10 yang eksident antar 2 biji bas yang telah mengorbankan banyak jiwa..
p/s:: ngeri dengan kejadian tsunami yang lepas..
p/s:: rindu keluarga,,ya allah selamatkan aku dan kaum  keluargaku dan sahabat2 ku serta semua orang2 mukmin dari segala bala bencana..