awak tekan sy suka

Saturday, April 14, 2012

tuhan..kuatkanlah aku~~

assalamualaikum..
sihat tk.. semasa entry ni dibuat... aku tngah down gila2... tngah tk der mood.. tngah malas nk cakap ngn semua org... malas nk study..malas nk makan.. semua malas... tk tahu knapa...
tp aku rasa sebab pertama adalah.. aku tak suka duk kat sini..aku tak suka blaja kat sini.. aku tk suka berkurung kat sini.. oh tuhan.. siyes.. mmg aku nk meraung2 kut duk sini... 
tp sebenarnya bukan aku tk nak duk sini... mula2 tu mmg aku gebang kat semua org aku dapat dekat... dapat kos yg aku nak.. dapat kat negeri sendiri.. sape tk suka.. klau korang pun melompat2..
tp sebenar2  sebab yg wat aku down duk sini.. sebab org2 yg aku tk suka ikut jejak sama kat sini... menyakitkan hati tau tak?!!!!!!!!!!!!

mmg aku dah cuba sedaya upaya berbaik sangka dengan ujian allah... tp hati aku tk cukup kuat.. rasa mcm nak nangis jer... aku tak kuat..!!! aku dah cuba kuatkan diri.. tk nak dah hiraukn semua bnda ni.. tp aku tak mampu.. ingt dtg sini san start azam baru.. nk belaja betul2.. rajin2.. bagi dapat dekan every sem.. tapi hari2 nk kena tngok muka dia.. sakit tahu tak mata nih.... klau boleh nak pakai spek yg boleh menyahnampak dia dari mata aku... hissshhhh.. boleh???

khamis lepas ponteng kelas... sebab dh tak boleh sangat dah duk sini.. balik rumah rsa tengang sikit.. datang sini balik pun rasa mcm kuat sikit nak hadapi hari esok.. (semoga allah kuatkan hati aku selalu) ..

take care people..~~~

Tuesday, January 10, 2012

unpredictable life..

asssalamalaikum guys..


Ya ALLAH,
forgive me all my sins
great and small
the first and the last
those that are apparent
and those that are hidden.

its very important to stay composed and strong during the difficult times in life... life is so unpredictable and sometimes we plan so much but our destiny takes us somewhere else.

so..till then..
take care people..

Tuesday, January 3, 2012

selamat hari jadi sayang**

assalamualaikum...

hai..sihat semua...??
kiter sakit perut.. waaaa... sobs..
hari ni wat bufday my pader..
simple2 jer...
kak tie beli satay ngan nasi impit..
wat puding gula hangus..
goreng kopok...
pastu kek keladi..
kek hari jadi ayah..
kek biasa satu..
air lagi lah simple... air ribena jer...
huhu..
sebenarnya tak der perancangan..
dah la hujan.. semua terbantut..
alhamdulillah berjalan jgak walaupun simple2 je..
sayang ayah...muah..muah..sayang ketat2..

now.. ayah ngan mk tak der.. gi tengok abang kat hospital perdana..
semoga cepat sembuh wahai abg sayang...
he is the only one my brother. and I must love him... i love u so much..

dear ayahku sayang.....

"If Jannah was a flower I would pick it for you
If Jannah was a bird I would catch it for you
If Jannah was a house I’d build it for you
But since Jannah is a place no eye has ever seen
I make dua to ALLAH to reserve it for you...." 
  
realiti kehidupan seorang ayah

Ayah…
Dirimu ibarat sang awan
Yang memayungi kehidupan kami
Yang senantiasa memerlukan dirimu
Saat sang suria memanaskan sinarnya

Ayah….
Tidak akan hilang di benak kami
Tidak akan pudar dari pandangan kami
Betapa mulia hatimu
Betapa besar jiwamu
Menepis ranjau dan duri itu
Untuk mencari sesuap nasi buat kami

Ayah….
Kesabaran juga tetap terbatas
Meski diuji dan dicabar
Oleh karenah kami
Yang adakalanya nakal
Yang adakalanya tidak mahu mendengar katamu

Ayah…..
Pengorbanan mu tetap abadi dijiwa kami…….
Terimakasih ayah…..semoa Allah memberkati umur dan amalanmu.




till then..
take care people....

Monday, January 2, 2012

lunch hari ni..hari isnin**

assalamualaikum guys...

arini aku masak cincai2 je...
masak tom yam ayam ngan sayur kailan ikan masin..
tak tahu nak masak ape..

tak dok gapo dlm peti..uje2 ni..
hahha..
so.aku mask jelah ape yang ada..ngat kan tak sdap..
rupenye..
bila dah masak...
tak sempat nak tengok...
cisss...

baru tahu kamu..kamu..kamu..
semua yang air tangan aku ni sngt memukau..
sob...sobs..
haha..
nak amik gamba pun tak sempat..

jadi kita cari jelah gambar yg seumpama dengan nyer..
kat pak cik google..
ok???
ha.. mcm ni lah rupa dia...
cun kan.. meleleh gitu..
ni nama dia tom yam ayam campur2..haha**


jom kita tengok gambar sayur kailan pulak..
ada rasa kecur air liur tak??
wink2**

haa.. tu lah menu lunch hari ni..
kenyang la jgak..
daripada tak de langsung kan..alhamdulillah..

ok..

take care people..~~
 

Sunday, January 1, 2012

selamat tahun baru 2012!!!

assalamualaikum guys..


yeah...
alhamdulillah..
tahun 2011 dah berlalu dengan jayanya.. sobs..
tahun 2012 menjelma dengan machonya.. fiwit..
harap2..tahun yang mendatang lebih
memberi banyak makna kepada
kita semua...ameen...
selamat melalui hari2 mendatang dengan pelbagai
aktiviti yang indah2... wink**

tup..tup.. dah masuk 22 tahun kan...
wahh..terasa macam dah dewasa sangat dah..hihi

I think in 2012 for me is just getting through
 it with good health and my family with me 
because nothing is more important.

I’m not really into keeping goals or making new year resolutions. 

A new year for me is about reflecting on the past..
 Seeing how far I’ve come.. ..
 What I’ve learned, gained and lost. 
Thanking ALLAH for all the positives in my life
 and sometimes the negatives too
 because they are what makes us stronger as individuals.

actually ada benda nak citer sebenarnya..
tapi lain kali boleh tak... hihi..
ok.. bye..

take care people!!


Friday, December 30, 2011

emosi itu saya!! so what???

assalamualaikum.
sy banyak kekurangan.
sy selalu emosi.
sy tak appreciate apa yg ada di sekeliling sy.
sy kuat menangis.
sy drama.
sy selalu depressed.
sy sakit hati.
kalau sempurna itu rate nya 1,
sy adalah 0.01.



sy tak layak untuk sesiapa.

i'm sory.... saya dah cuba yang terbaik... tapi inilah semampu saya.. please!!!

thank you for understand....

Tuesday, October 18, 2011

mencari tuhan dalam teknologi kita.~~~

Assalamualaikum semua...

pernahkah kita terfikit untuk mencari tuhan dalam teknologi kita yang sedia membanguh dengan begitu pesat sekali yang mana jika dibandingkan dengan cendawan yang tumbuh selepas hujan...maka kalahlah cendawan tanpa bertanding...huhu.. apa hubungan teknologi itu denan kita sebangai manusia ni???

Memang tidak dapat dinafikan, kemajuan sains dan teknologi telah membawa banyak kemudahan dan kesenangan dalam kehidupan seharian kita semua..semuanya hanya dihujung jari... berbekalkan akal fikiran serta limpahan ilmu kurniaan daripada tuhan yang maha mengetahui, kita sebagai manusia meneroka segala yang ada disekeliling kita untuk mencari jawapan kepada pelbagai persoalan dan pelbagai masalah..demi membina satu kehidupan yang lebih selesa dan aman sejahtera..

bagi kita yang hidup pada abad yang ke 21 ini.. kehidupan kita sendiri sudah tentu jauh berbeza dengan zaman terdahulu.. yang kononnya hidup pada zaman batu.... saya juga tidak dapat membayangkan bagaimana jika kita menjalani kehidupan tanpa bantuan dan sokongan teknologi hari ini yang sudah menjadi "sebahagiaan" daripada diri kita sendiri.. mungkin hidup tanpa henset misalnya... laptop.. ipad... boleh ke?? urmm.. nak menggelupur satu badan lah kut...

sememangnya hidup kita ini sudah terkesan dengan teknologi yang kita nikmati.... samada kita perasan atau tidak..kesan teknologi terhadap manusia dapat dilihat dari pelbagai aspek..dan juga teknologi manusia untuk melakukan pelbagai perkara.. sebagai contohnya..kemajuan teknologi pengangkutan dengan penciptaan pelbagai jenis kenderaan yang mempercepatkan perjalanan kita... cuba kita fikir... pada zaman kita ini.. ckap sahaja hendak kemana..pasti sampai.. nak kebawah dasar laut pun boleh...

sesuatu yang dianggap sangat sukar pada zaman dahulu... menjadi sangat senang pada hari ini..namun tidak dapat dinafikan...kesan buruk daripada teknologi juga terlihat apabila peningkatan kemampuan manusia telah menaikkan paras tuntutan kehidupan mereka.. ini bukan hanya melibatkan perkara yang bersangkutan dengan pekerjaan, pembelajaran dan profesion seseorang...malah turut melibatkan tuntutan yang berkaitan dengan kehidupan peribadi..kekeluargaan dan hubungan sosial sesama manusia.. pendek kata ..disebabkan kemampuan yang begitu canggih ini...manusia dituntut untuk berbuat dengan lebih dan lebih lagi... keadaan ini boleh meninggalkan kesan yang tidak baik kepada aspek kehidupan manusia apabila semua orang begitu sibuk memenuhi tuntutan2 yang semakin bertambah dan begitu mendesak...

pada peringkat inilah ..mungkin ada antara kta merasakn..bhawa teknologi telah menjadi begitu dominan dalam kehidupan..walaupun belum sampai ketahap yang sering digambarkan dalam cerita sains fiksyen yang menunjukkan komputer..mesin dan robot mampu menguasai manusia.. sebaliknya komputer..mesin dan robot itu siapa yang mencipta.. manusia bukan...dan manusia itu siapa yang mencipta... maka jawapannya adalah sang pencipta agung kita Allah S.W.T...

bagi kita sebagai umat islam... kita harus pergi lebih jauh lagi dengan melihat kepada nilai2 kerohanian kerana kejadian manusia tu bukanlah fizikal dan sosial semata2.. jadi.. kita perlu mencari dimanakah makna yang bersifat ketuhanan dalam teknologi kita.. dan yang paling penting.. perlunya kita meletakkan makna ketuhanan dalam teknologi yang kita bangunkan.. oleh sebab itu.. apa yang perlu kita buat adalah dengan kembali kpada apa yg diperintahkan kpada kita. kita disuruh intuk memerhati alam semesta sebagai tanda2 kekuasaan Allah S.W.T... dalam ayat al-Quran disebut..:
"sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi , dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda2 (kekuasaan , kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang yang berakal.(iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring. dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata): "wahai tuhan kami! tidak lah engkau menjadikan benda2 ini dengan sia2. maha suci engkau maka peliharalah kami daripada azab api neraka.""(surah ali 'Imran 3:190-191)

bagi orang yang tidak bertuhan pd zaman ini..mereka percaya dengan kekuasaan teknologi.. tambahan pula teknologi dilihat sudah mempunyai "sifat" yang seakan2 ketuhanan mengikut pandangan mereka. iaitu dari segi ia wujud dan tersedia dimana2 sahaja dan pada bila2 masa..mampu bertindak balas dan memberikan hasil dengan serta merta.. disebabkan teknologi itu hasil ciptan manusia..jadi manusia merasakan bahwa mereka mampu berbuat apa2 jua sehingga melihat kekuasaan teknologi itu sebagai kemampuan dan kekuasaaan mereka sendiri...

JANGAN SEANGKUH FIRAUN!!!!!
sejarah telah melakarkan manusia yg tidk percaya kepada kekuasaan Allah s.w.t telah menganggap dirinya berkuasa sama seperti tuhan..telah menemui kehancuran kerana tewas dengan kekuasaan allah s.w.t.  sepertimana yang sudah berlaku dengan firaun kesombongannya ternukil dalam al-Quran ketika dia berbicara dengan nabi Musa a.s:"firaun berkata(dengan sombongnya):'dan siapa tuhan sekalian alam itu?'"(surah al-syu'ara' 26:23)

kelemahan manusia dihadapan kekuasaan allah s.w.t juga terlihat pada zaman ini. sehebat2 manusia dengan kecanggihan teknologi pun tidak mampu mencegah gempa bumi, tsunami, banjir, ribut taufan dan segala macam bencana alam yang Allah s.w.t timpakan kpada mereka sebagai tanda peringatan bagi orang yang beriman dan yakin dengan ayat2 nya...

maka dengan melihat kamampuan teknologi itu , membuatkan kita sedar akan kehebatab dan keagungan allah s.w.t dengan kata lain, " sifat ketuhanan" yang ada pada teknologi itu sebenarnya kembali kpada tuhan yang sebenarnya, Allah rabbuljalil..

sebab tulah dalam kita menjadikan teknologi sebagai sebahagian daripada hidup kita.... janganlah jadikan ia sesuatu yang melalaikan. Gunakanlah ia untuk tujuan dan perkara yang dapat mendekatkan diri kita dengan allah. jadikan ia sebagai tanda kelemahan manusia dan tanda kekuasaan dan keagungan tuhan... carilah Allah dalam teknologi kita... nescaya kita dapat menemuinya... Allahumma amin....