awak tekan sy suka

Tuesday, October 18, 2011

mencari tuhan dalam teknologi kita.~~~

Assalamualaikum semua...

pernahkah kita terfikit untuk mencari tuhan dalam teknologi kita yang sedia membanguh dengan begitu pesat sekali yang mana jika dibandingkan dengan cendawan yang tumbuh selepas hujan...maka kalahlah cendawan tanpa bertanding...huhu.. apa hubungan teknologi itu denan kita sebangai manusia ni???

Memang tidak dapat dinafikan, kemajuan sains dan teknologi telah membawa banyak kemudahan dan kesenangan dalam kehidupan seharian kita semua..semuanya hanya dihujung jari... berbekalkan akal fikiran serta limpahan ilmu kurniaan daripada tuhan yang maha mengetahui, kita sebagai manusia meneroka segala yang ada disekeliling kita untuk mencari jawapan kepada pelbagai persoalan dan pelbagai masalah..demi membina satu kehidupan yang lebih selesa dan aman sejahtera..

bagi kita yang hidup pada abad yang ke 21 ini.. kehidupan kita sendiri sudah tentu jauh berbeza dengan zaman terdahulu.. yang kononnya hidup pada zaman batu.... saya juga tidak dapat membayangkan bagaimana jika kita menjalani kehidupan tanpa bantuan dan sokongan teknologi hari ini yang sudah menjadi "sebahagiaan" daripada diri kita sendiri.. mungkin hidup tanpa henset misalnya... laptop.. ipad... boleh ke?? urmm.. nak menggelupur satu badan lah kut...

sememangnya hidup kita ini sudah terkesan dengan teknologi yang kita nikmati.... samada kita perasan atau tidak..kesan teknologi terhadap manusia dapat dilihat dari pelbagai aspek..dan juga teknologi manusia untuk melakukan pelbagai perkara.. sebagai contohnya..kemajuan teknologi pengangkutan dengan penciptaan pelbagai jenis kenderaan yang mempercepatkan perjalanan kita... cuba kita fikir... pada zaman kita ini.. ckap sahaja hendak kemana..pasti sampai.. nak kebawah dasar laut pun boleh...

sesuatu yang dianggap sangat sukar pada zaman dahulu... menjadi sangat senang pada hari ini..namun tidak dapat dinafikan...kesan buruk daripada teknologi juga terlihat apabila peningkatan kemampuan manusia telah menaikkan paras tuntutan kehidupan mereka.. ini bukan hanya melibatkan perkara yang bersangkutan dengan pekerjaan, pembelajaran dan profesion seseorang...malah turut melibatkan tuntutan yang berkaitan dengan kehidupan peribadi..kekeluargaan dan hubungan sosial sesama manusia.. pendek kata ..disebabkan kemampuan yang begitu canggih ini...manusia dituntut untuk berbuat dengan lebih dan lebih lagi... keadaan ini boleh meninggalkan kesan yang tidak baik kepada aspek kehidupan manusia apabila semua orang begitu sibuk memenuhi tuntutan2 yang semakin bertambah dan begitu mendesak...

pada peringkat inilah ..mungkin ada antara kta merasakn..bhawa teknologi telah menjadi begitu dominan dalam kehidupan..walaupun belum sampai ketahap yang sering digambarkan dalam cerita sains fiksyen yang menunjukkan komputer..mesin dan robot mampu menguasai manusia.. sebaliknya komputer..mesin dan robot itu siapa yang mencipta.. manusia bukan...dan manusia itu siapa yang mencipta... maka jawapannya adalah sang pencipta agung kita Allah S.W.T...

bagi kita sebagai umat islam... kita harus pergi lebih jauh lagi dengan melihat kepada nilai2 kerohanian kerana kejadian manusia tu bukanlah fizikal dan sosial semata2.. jadi.. kita perlu mencari dimanakah makna yang bersifat ketuhanan dalam teknologi kita.. dan yang paling penting.. perlunya kita meletakkan makna ketuhanan dalam teknologi yang kita bangunkan.. oleh sebab itu.. apa yang perlu kita buat adalah dengan kembali kpada apa yg diperintahkan kpada kita. kita disuruh intuk memerhati alam semesta sebagai tanda2 kekuasaan Allah S.W.T... dalam ayat al-Quran disebut..:
"sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi , dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda2 (kekuasaan , kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang yang berakal.(iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring. dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata): "wahai tuhan kami! tidak lah engkau menjadikan benda2 ini dengan sia2. maha suci engkau maka peliharalah kami daripada azab api neraka.""(surah ali 'Imran 3:190-191)

bagi orang yang tidak bertuhan pd zaman ini..mereka percaya dengan kekuasaan teknologi.. tambahan pula teknologi dilihat sudah mempunyai "sifat" yang seakan2 ketuhanan mengikut pandangan mereka. iaitu dari segi ia wujud dan tersedia dimana2 sahaja dan pada bila2 masa..mampu bertindak balas dan memberikan hasil dengan serta merta.. disebabkan teknologi itu hasil ciptan manusia..jadi manusia merasakan bahwa mereka mampu berbuat apa2 jua sehingga melihat kekuasaan teknologi itu sebagai kemampuan dan kekuasaaan mereka sendiri...

JANGAN SEANGKUH FIRAUN!!!!!
sejarah telah melakarkan manusia yg tidk percaya kepada kekuasaan Allah s.w.t telah menganggap dirinya berkuasa sama seperti tuhan..telah menemui kehancuran kerana tewas dengan kekuasaan allah s.w.t.  sepertimana yang sudah berlaku dengan firaun kesombongannya ternukil dalam al-Quran ketika dia berbicara dengan nabi Musa a.s:"firaun berkata(dengan sombongnya):'dan siapa tuhan sekalian alam itu?'"(surah al-syu'ara' 26:23)

kelemahan manusia dihadapan kekuasaan allah s.w.t juga terlihat pada zaman ini. sehebat2 manusia dengan kecanggihan teknologi pun tidak mampu mencegah gempa bumi, tsunami, banjir, ribut taufan dan segala macam bencana alam yang Allah s.w.t timpakan kpada mereka sebagai tanda peringatan bagi orang yang beriman dan yakin dengan ayat2 nya...

maka dengan melihat kamampuan teknologi itu , membuatkan kita sedar akan kehebatab dan keagungan allah s.w.t dengan kata lain, " sifat ketuhanan" yang ada pada teknologi itu sebenarnya kembali kpada tuhan yang sebenarnya, Allah rabbuljalil..

sebab tulah dalam kita menjadikan teknologi sebagai sebahagian daripada hidup kita.... janganlah jadikan ia sesuatu yang melalaikan. Gunakanlah ia untuk tujuan dan perkara yang dapat mendekatkan diri kita dengan allah. jadikan ia sebagai tanda kelemahan manusia dan tanda kekuasaan dan keagungan tuhan... carilah Allah dalam teknologi kita... nescaya kita dapat menemuinya... Allahumma amin....

No comments:

Post a Comment