awak tekan sy suka

Friday, December 30, 2011

emosi itu saya!! so what???

assalamualaikum.
sy banyak kekurangan.
sy selalu emosi.
sy tak appreciate apa yg ada di sekeliling sy.
sy kuat menangis.
sy drama.
sy selalu depressed.
sy sakit hati.
kalau sempurna itu rate nya 1,
sy adalah 0.01.



sy tak layak untuk sesiapa.

i'm sory.... saya dah cuba yang terbaik... tapi inilah semampu saya.. please!!!

thank you for understand....

Tuesday, October 18, 2011

mencari tuhan dalam teknologi kita.~~~

Assalamualaikum semua...

pernahkah kita terfikit untuk mencari tuhan dalam teknologi kita yang sedia membanguh dengan begitu pesat sekali yang mana jika dibandingkan dengan cendawan yang tumbuh selepas hujan...maka kalahlah cendawan tanpa bertanding...huhu.. apa hubungan teknologi itu denan kita sebangai manusia ni???

Memang tidak dapat dinafikan, kemajuan sains dan teknologi telah membawa banyak kemudahan dan kesenangan dalam kehidupan seharian kita semua..semuanya hanya dihujung jari... berbekalkan akal fikiran serta limpahan ilmu kurniaan daripada tuhan yang maha mengetahui, kita sebagai manusia meneroka segala yang ada disekeliling kita untuk mencari jawapan kepada pelbagai persoalan dan pelbagai masalah..demi membina satu kehidupan yang lebih selesa dan aman sejahtera..

bagi kita yang hidup pada abad yang ke 21 ini.. kehidupan kita sendiri sudah tentu jauh berbeza dengan zaman terdahulu.. yang kononnya hidup pada zaman batu.... saya juga tidak dapat membayangkan bagaimana jika kita menjalani kehidupan tanpa bantuan dan sokongan teknologi hari ini yang sudah menjadi "sebahagiaan" daripada diri kita sendiri.. mungkin hidup tanpa henset misalnya... laptop.. ipad... boleh ke?? urmm.. nak menggelupur satu badan lah kut...

sememangnya hidup kita ini sudah terkesan dengan teknologi yang kita nikmati.... samada kita perasan atau tidak..kesan teknologi terhadap manusia dapat dilihat dari pelbagai aspek..dan juga teknologi manusia untuk melakukan pelbagai perkara.. sebagai contohnya..kemajuan teknologi pengangkutan dengan penciptaan pelbagai jenis kenderaan yang mempercepatkan perjalanan kita... cuba kita fikir... pada zaman kita ini.. ckap sahaja hendak kemana..pasti sampai.. nak kebawah dasar laut pun boleh...

sesuatu yang dianggap sangat sukar pada zaman dahulu... menjadi sangat senang pada hari ini..namun tidak dapat dinafikan...kesan buruk daripada teknologi juga terlihat apabila peningkatan kemampuan manusia telah menaikkan paras tuntutan kehidupan mereka.. ini bukan hanya melibatkan perkara yang bersangkutan dengan pekerjaan, pembelajaran dan profesion seseorang...malah turut melibatkan tuntutan yang berkaitan dengan kehidupan peribadi..kekeluargaan dan hubungan sosial sesama manusia.. pendek kata ..disebabkan kemampuan yang begitu canggih ini...manusia dituntut untuk berbuat dengan lebih dan lebih lagi... keadaan ini boleh meninggalkan kesan yang tidak baik kepada aspek kehidupan manusia apabila semua orang begitu sibuk memenuhi tuntutan2 yang semakin bertambah dan begitu mendesak...

pada peringkat inilah ..mungkin ada antara kta merasakn..bhawa teknologi telah menjadi begitu dominan dalam kehidupan..walaupun belum sampai ketahap yang sering digambarkan dalam cerita sains fiksyen yang menunjukkan komputer..mesin dan robot mampu menguasai manusia.. sebaliknya komputer..mesin dan robot itu siapa yang mencipta.. manusia bukan...dan manusia itu siapa yang mencipta... maka jawapannya adalah sang pencipta agung kita Allah S.W.T...

bagi kita sebagai umat islam... kita harus pergi lebih jauh lagi dengan melihat kepada nilai2 kerohanian kerana kejadian manusia tu bukanlah fizikal dan sosial semata2.. jadi.. kita perlu mencari dimanakah makna yang bersifat ketuhanan dalam teknologi kita.. dan yang paling penting.. perlunya kita meletakkan makna ketuhanan dalam teknologi yang kita bangunkan.. oleh sebab itu.. apa yang perlu kita buat adalah dengan kembali kpada apa yg diperintahkan kpada kita. kita disuruh intuk memerhati alam semesta sebagai tanda2 kekuasaan Allah S.W.T... dalam ayat al-Quran disebut..:
"sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi , dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda2 (kekuasaan , kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang yang berakal.(iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring. dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata): "wahai tuhan kami! tidak lah engkau menjadikan benda2 ini dengan sia2. maha suci engkau maka peliharalah kami daripada azab api neraka.""(surah ali 'Imran 3:190-191)

bagi orang yang tidak bertuhan pd zaman ini..mereka percaya dengan kekuasaan teknologi.. tambahan pula teknologi dilihat sudah mempunyai "sifat" yang seakan2 ketuhanan mengikut pandangan mereka. iaitu dari segi ia wujud dan tersedia dimana2 sahaja dan pada bila2 masa..mampu bertindak balas dan memberikan hasil dengan serta merta.. disebabkan teknologi itu hasil ciptan manusia..jadi manusia merasakan bahwa mereka mampu berbuat apa2 jua sehingga melihat kekuasaan teknologi itu sebagai kemampuan dan kekuasaaan mereka sendiri...

JANGAN SEANGKUH FIRAUN!!!!!
sejarah telah melakarkan manusia yg tidk percaya kepada kekuasaan Allah s.w.t telah menganggap dirinya berkuasa sama seperti tuhan..telah menemui kehancuran kerana tewas dengan kekuasaan allah s.w.t.  sepertimana yang sudah berlaku dengan firaun kesombongannya ternukil dalam al-Quran ketika dia berbicara dengan nabi Musa a.s:"firaun berkata(dengan sombongnya):'dan siapa tuhan sekalian alam itu?'"(surah al-syu'ara' 26:23)

kelemahan manusia dihadapan kekuasaan allah s.w.t juga terlihat pada zaman ini. sehebat2 manusia dengan kecanggihan teknologi pun tidak mampu mencegah gempa bumi, tsunami, banjir, ribut taufan dan segala macam bencana alam yang Allah s.w.t timpakan kpada mereka sebagai tanda peringatan bagi orang yang beriman dan yakin dengan ayat2 nya...

maka dengan melihat kamampuan teknologi itu , membuatkan kita sedar akan kehebatab dan keagungan allah s.w.t dengan kata lain, " sifat ketuhanan" yang ada pada teknologi itu sebenarnya kembali kpada tuhan yang sebenarnya, Allah rabbuljalil..

sebab tulah dalam kita menjadikan teknologi sebagai sebahagian daripada hidup kita.... janganlah jadikan ia sesuatu yang melalaikan. Gunakanlah ia untuk tujuan dan perkara yang dapat mendekatkan diri kita dengan allah. jadikan ia sebagai tanda kelemahan manusia dan tanda kekuasaan dan keagungan tuhan... carilah Allah dalam teknologi kita... nescaya kita dapat menemuinya... Allahumma amin....

Monday, October 10, 2011

bUlaN dikeLiLinGi cIncIn caHaYa~~

assalamualaikum~~ hello hai...
hari ni rasa rajin nak update entry baru sebab ada berita tergempar yang sangat2 rasa nak sampaikan pada semua orang,,..
sebelum tu nak tanya korang dulu..korang tengok tak bulan malam ni...?? cantik kan?? around 10 pm my fren text me.. "cepat2 tengok bulan ..cantik sangat" tapi terlambat sikit... rugi sangat rasa... korang sumer tengok tak.. lepas tu rasa tak puas hati.. tanya dia knapa dnagn bulan.. dia pun bagi link search kat internet..ada gmba sekali.. ni ha gambar nyer..

saper yg dapat tengok secara live tu kira sangat2 bertuah la sebab dapat tengok fenomena halo moon pada 10 oktober 2011.. bukan hari2 berlaku... kejadian ini dipanggil halo moon ataupun ring around the moon..kalau korang ingat balik kan.. kejadian dah pernah berlaku dah.. iaitu sebelum berlakunya tsunami kat acheh dulu..pada malam sebelum tsunami tulah terjadinyer fenomena macam ni... urm.. pastu rasa nak tahu sangat.. sy pun search lagi pasal ring around the moon ni... terjumpa beberapa fakta menarik... yang menarik ni lah yang kongsi ngan korang semua...

kalau korang semua nak tahu kejadian ni kan berlaku bila mana cuaca menjadi terlalu sejuk menyebabkan terdapat banyak partikel-partikel ice crystal di sekeliling bulan..ianya merupakan titisan air hujan..

kejadian ini biasanya berlaku dinegara2 yang bermusin sejuk.. kerana apabila berlakunya kejadian ini... dalam masa 48 jam akan berlakunya hujan atau salji.. tapi kat mesia nih salji amende nyer..nampak nya minggu ni hujan jela berpanjangan..

satu perkongsian:

beberapa tahun lepas..iaitu sebelum terjadinya tsunami... di liputan lautan india..yang berdekatan dengan titik gempa di acheh.. telah berlakunya kejadian lingkaran bulan ni... bentuknya hampir sama dengan gambar diatas.. dan lingkaran tersebut dapat dilihat dimana2 sahaja diselatan asia pada masa itu..


kalau anda semua tak percaya.. anda semua boleh menghubungi kawan2 anda yang pernah berkhidmat dengan mana2 kapal samada kapal TLDM.. atau kapal pedangang..ini kerana merekan tentunya kan melihat fenomena ini..dan pasti mereka akan mengingati peristiwa ini..

pointnya disini adalah.. graviti bulan memainkan peranan untuk menyebabkan mentel planet bumi supaya.. untuk melakukan proses menggerak dilaluannya dengan lebih cepat dari kadar kelembapannya yang normal...

hasilnya.... kerak2 ini vakal bergerak lagi 2-3 bulan.. tapi kerana bantuan bulan..pada malam yang sudah cukup bulat untuk menjalankan aktivitinya..lalu proses menggerak berlaku dengan lebih laju...lalu...

terjadilah pelepasan tenaga dibawah laut...yang menyebabkan ombak diangkat dengan begitu laju..dan terjadilah tsunami..ramai engineer2 kapal termasuk kapten dan kelasi2 kapal telah menyaksikan perkara ini... anda semua boleh nertanya dengan mereka..pasti mereka mengetahuinya..

lingkaran bulan ini adalan tanda2 yang ditunjukkan oleh allah s.w.t untuk hamba2nya yang berakal... untuk hambanya mengenal pasti bencana yang akan menimpa... ingatlah ketika allah mengatakan "kun fayakun" maka akan terjadilah ia dengan tidak awal walau sesaat dan tidak lewat alau sesaat...

ingkaran ini terjadi tadi diterengganu kira2 pada pukul 10.00pm hingga 10.30 pm... sekejap sahaja.. dan ianya betul2 berada diatas kepala...
(bukankah terengganu merupakan Negeri Darul Iman??)(bukankan dinegeri itu mempunyai batu bersurat tentang kisah peristiwa genting yang akan berlaku dimasa depan?)
bukankah terengganu mewarisi bendera hitam dan logonya itu??

kronologi pembuktian TSUNAMI NUSANTARA:

  • hadirnya bulan berlingkaran(ada aura di keliling bulan)
  • pada esok siangnya akan berlaku mendung yang panjang(sehingga melebihi 1 hari penuh)
  • pada keesokan siangnya, pasti berlaku kematian yang banyak..(di Nusantara)
  • semeanjung tanah melayu terutama di Perak, Penang, Kedah (ketiga2 negeri ini bakal menghadapi tanah jerlus..:di sesetengah daerah terpencil"
  • air terjun akan menjadi deras
  • erang pasti timbul dipesisiran pantai peranginan epas beberapa hari atau minggu
  • kehadiran makhluk2 laut asing seperti dugong dan sebagainya yabg bhidup di laut yang dari yang lain ..

AMARAN::

  • elakkan duduk dibawah kipas syiling...
  • elakkan mandi di air terjun atau kolam air panas
  • elakkan mandi ditepi pantai
  • elakkan berkunjung dikawasan tanah lembap

catatlah kronologi diatas,
kerana perkara ini akan bermula sebentar sahaja lagi... bermula seawal matahari terbit keesokan harinya, bila salah
 satu perkara yang disebut diatas tadi terjadi, silalah highlightkan petikan ini... kerana secara lazimnya sejarah yang sama pasti akan berulang tapi dengan kaedah lain tetapi denagn ciri2 yang sama...

saya pun tak pasti akan fenomena ini.. dan yang pasti lebih baik kita berwaspadadengan peetunjuk yang allah berikan kepada kita...

p/s:: tetiba rasa takut yang sanagt amat takut..
p/s:teringat perisriwa 10/10/10 yang eksident antar 2 biji bas yang telah mengorbankan banyak jiwa..
p/s:: ngeri dengan kejadian tsunami yang lepas..
p/s:: rindu keluarga,,ya allah selamatkan aku dan kaum  keluargaku dan sahabat2 ku serta semua orang2 mukmin dari segala bala bencana..


Thursday, September 29, 2011

melaYu dahulu.... melaYu sekaRang.....

assalamualaikum...
selamat mlm u olls... hihi... urm... terasa mcm nak wat entry baru... tp tk der idea... meh pikir sama2 nak wat tajuk ape.. hihi.....

ok..kita citer pasal melayu dulu dan melayu sekarang... gadis dahulu.. dan gadis sekarang...
mcm best jer tajuk nyer... urm...sekarang ni setiap hari ada jer isu rogol.. lari dari rumah...haaa... isu terbaru... seorang ibu terjumpa kondom dalam beg sekolah anak perempuan nyer.. masyaallah.. nauzubillah...

ape ke jadahnye??? semua org tengah hebat2 belaka sedang duk mengolah isu ni... hurm.. rasa mcm nak olah jugaklah sikit2..hihi....jum tengok cik tiqah pulak yg mengolah.. bagi saya..ini lah petanda betapa teruknya kes sosial di negara kita.. ditambah pulak dngan isu buang bayi yang belambak2.. salah siapa??? salah ibu bapakah?? salah guru2 kah..?? atau salah masyarakatkah?? yang sy tahu.. ibu yg mengandung selama 9 bulan itu tidak salah...TIDAK SALAH SAMA SEKALI.. yang salah mungkin cara didikan...MUNGKIN....  tp ada juga anak ustaz sendiri yang ditangkap khalwat.. ank imam lahirkan ank luar nikah... anak bilal gugurkan kandungan selepas teman lelaki tak nak bertanggung jawab... urm..

adakah gadis melayu sekarang sudah hilang rasa malu??? adakah gadis melayu sekarang sudah hilang rasa kesucian diri...hilang rasa maruah..??
dunia sekarang... jangan disangka yang dianggap lebai itu selalunya alim... yang memakai serban itu selalunya tidak ada dosa...jangan menilai dari luaran sahaja!! hurm... emosional sekejap cik tiqah... huhu..

tapi sy sedih..kemana hilangnya gaya sopan pada diri gadis masa kini... (walaupun sy tidaklah sesopan mana)..

kredit to en.google

bergambar sambil sengaja menunjukkan jari tengah.. elokkah????

lelaki punca segala2????

mmg lah kebanyakan yg berlaku berpunca daripada sikap gadis itu sendiri kerana mudah percaya kpda yg tersayang.. maklumlah.." cinta itu buta,, semua benda sanggup digadaikan termasuklah maruah diri.. lambang kasih sayang lah katakan.."
akibatnya.. kerana nila setieik..rosak susu sebelanga..
tapi ramai juga lelaki yang mengeluh.."urm.. susah lah nak cari perempuan yang betul2 boleh dipercayai sekarang ni".yer ker??

lelaki seharusnya menjadi pembingbing kpada mereka...bukannya nak merosakkan mereka.. bertepuk sebelah tangn takkan jadi.. makanya.. kedua2nya lah yang salah... hanyut dengan hsutan si iblis laknatullah... allahuakbar!!

"Berpesan baiklah kamu terhadap wanita, sesungguhnya wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk..dan yang paling bengkok adalah dibahagian atasnya..oleh itu..apabila kamu paksa untuk meluruskannya maka akan patah lah ia...dan apabila kamu membiarkannya..akan bengkoklah ia selama-lamanya..(hadis riwayat imam bukhari)

fikir2kanlah wahai kaum lelaki... jangan hanya memandang salah wanita...
pemuda itu harapan bangsa... pemudi tiang negara...
meh sini dengar sy berpantun sikit..hihi..

bermula dengan sekadar mengorat..
lalu bertemu di satu tempat..
tangan pun mula melarat..
lawan peluk tak kurang hebat...

bila peluk sama rapat..
nafas pun tersekat2..
baju sendat turut terangkat..
gunung berlurah sama dipanjat...

tinggi rendah bacaan disukat..
jarum meter berpusing ligat..
lubang kosong mula tersumbat..
habis longgar..dahulunya ketat..

ular sakti menikam tepat..
bisa terpancut kononnya ubat..
ubat cinta tak pernah tergugat..
sekali cuba pasti melarat...

9 bulan perut sarat..
dulu kosong sekarang berat..
bila ditanya kata terjerat...
time kangkang tak kira nikmat..
cepatlah abg..cepatlah cepat..

pikir dunia tak ingat akhirat...
dapat baby dibuang merempat..
masalah selesai kononnya selamat...
buat dulu..lpastu taubat..(hotaklah hang!!!!)

tapi sekarang sudah terlambat..
segala amalan dihitung dicatat...
tunggulah masa tunggulah saat...
diakhirat kelak hang takkan selamat..

p/s:: hanya sekadar peringatan bersama.... yang tak baik kita wat pengajaran...
p/s::takkan hilang melayu didunia...

Tuesday, September 27, 2011

kisah hatI....

~~assalamualaikum~~ tak jawab doce...

urm... suddenly.... sangat tetiba rasa tangan ini ditarik untuk menaip laju2kat keyboard ni..... urm.. hati ni rasa sangat direnggut pilu.. tak tahu kenapa... kanapa??? knapa??? knapa mesti rasa mcm ni... istighfar..istighfar.. astaghfirullah...

pernah tak korang semua rasa macm yg sy rasa skrang ni... rasa seperti sedih sangat2.. tp tak tahu ape sebab dia.... lpas tu pulak.. kalau tngah sedih gila yg tk tahu sebab ni... tetiba mak kita kol... terus je air mata ni nak kuar laju2 kan... itulah yg saya alami sekarang.... but why.. i don't know....

ada masalah jiwa kut...haha... yelah... jiwa yg tak tenteram.. jiwa yg dipenuhi masalah... masalah yg tak tahu bila nak habis... knapa mesti harus macm ni... rasanya kalau tadah air mata ni hari ni.. dah dekat 7 tempayan dah... rugi jer aku tak hidup zaman dulu... zaman sultan mahmod masa nak meminang puteri gunung ledang... lau tak boleh tolong.... hahha.

Saturday, August 20, 2011

~bonus lagi~~~bonus lagi~~~

assalamualaikum...tak jawab doce...hee~~
alhamdulillah baru selesai solat teraweh malam yang ke 20... alhamdulillah kerana diberikan kesihatan dalam beribadah,,,, alhamdulillah...terima kasih ya allah...
okeyh... jom kita ceghito pasal bonus... mari2... pakat2 baca yer....heheeee...
kita bukan nak cerita pasal bonus duit raya rm500 ringgit yg kerajaan bagi untuk pekerja2 kerajaan tu... tapi kita nak cerita pasal ganjaran bonus yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada hamba2nya yang khusyuk dan tawadduk dlm beribadah,,, senang cerita hamba2 yang bertuah saja dapat bonus dari allah ni...



nak bonus jugak??? kena la tingkatkan amalan... kita dah masuk malam yang ke 20 dah.... seperti yg kita tahu.. kita dah masuk 10 hari yang terakhir.. yang mana didalam nya terdapat malam lailatul-Qadr... lailatul-Qadr tu ganjarannya lebih baik dari 1000 bulan wahai adik kakak sekalian... ianya bersamaan dengan seribu bulan kita beramal!!!...jangan nak wat terkejut...YA SERIBU BULAN OK!!!... baik kan tuhan kita... bagi bonus sebelum raya...yeyyy.... ya anda tidak salah dan silap baca ok... 1000 bulan... mak aihhhh... banyak ooooo.... kalau kita convert kan 1000 bulan kepada tahun, bulan dan hari...lebih kurang 83 tahun dan 4 bulan...  banyak kan...

 purata kita sebagai umat akhir zaman ni cuma boleh hidup antara 50-60 je...nabi muhammad s.a.w. pun wafat pada usia 63 tahun,,, jadi tak mustahil umur kita hanya dalam lingkungan 50- 60 sahaja..kalau dberi umur panjang tu alhamdulillah la... tapi masa tu pun dah tak larat dah nak merangkak gi masjid... masa muda2 ni la nak usaha untuk dapatkan bonus yang allah bagi tu..tu tak???? anda mampu nak beramal sampai 83 tahun dan 4 bulan tanpa henti??? confirm2 la takkan ... jadi ni la batu loncatan nya... nak dapatkan pahala 1000 bulan tu...

Dlam al-Quran pun ada menjelaskan tentang kelebihan malam al-Qadr ni... firman Allah dalam surah al-Qadar..

"LAILATUL KODRI KHOIRUN MIN ALFISHAR"

"malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan" (ayat3:surah al-Qadr)

ahli2 tafsir juga menafsirkan ayat ini bahawa beramal pada malam ini lebih baik dari beramal selama 1000 bulan.. lebih baik woooh... urmm.. mampukah kita...??? terasa ingin dan ingin mencapainya... tapi mampukah?? andai ini ramadhan terakhirku..alangkah ruginya bagi diriku kerana tidak berusaha untuk mencapai bonus yang diberikan oleh mu ya allah.....

lailatul-Qadr juga hanya terjadi pada malam2 ganjil pada sepuluh malam yang terakhir... sebab itulah rasulullah menggiatkan ibadahnya pada malam2 tersebut...menjauhkan diri dari isteri2... beriktikaf di masjid, berzikir, membaca Quran dan sebagainya... sabda baginda::

"Carilah lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam-malam terakhir bulan ramadhan"(riwayat imam bukhari)

jomla kita sama2 dapatkan bonus yang allah bagi ni.... kalau kita sanggup kerja over time untuk dapat gaji lebih.. tapi kita lupa rezeki itu datangnya dari yang maha pemberi rezeki... kalau kita sanggup tak tidur malam kerana nak study sebab nak dapat title dekan... kenapa kita tak sanggup bangun malam ..untuk berqiam.. untuk menghidupkan malam..berdamping dengan sang pencipta...yang mencipta dualisme dunia... yang mane tidak akan ada satu kalau tidak ada dua... tidak akan ada siang kalau tidak ada malam.. tidak akan ada matahari kalau tidak ada bulan.. tidak ada yang kaya kalau tidak ada yang fakir..tidak ada yang cantik kalau tidak ada si buruk rupa...maka sahabat2.. adik2.. sayang2 semua.. marilah kita lihat semula siapa diri kita... adakah kita layak untuk menatap wajah sang pencipta bila mana tiba waktunya..??? tanya diri kita...
sanggupkah kita membawa diri yang sarat dengan dosa2 bertemu dengan -Nya..??? lupakah kita bahawa kita dilahirkan dalam keadaan fitrah...suci lagi bersih dari noda2 dunia... fikir2 kan...

dan lagi ustaz cakap kat masjid tadi...kalau kita jumpa malam lailatul qadar tu..kita kena baca doa ni... ala doa yang sama macam kita baca lepas semayang 5 kali sehari tula.... ni doa nyer...

klik picture untuk lebih jelas yer..

p/s::nak jugak 1000 bulan tu...!!!!

~~siti nurul atikah abdullah~~

Wednesday, August 17, 2011

~~nuzul Quran~~

assalamualaikum~~~ tak jawab doce..heee
dan salam 17 ramadhan...  haa..
==> adik2 sekalian..tahu tk ari ni ari ape..??
##tak tahu.. yang penting ari ni cuti kak..
==> cuti jer yg korang tahu erk...

urm..hari ni hari nuzul Quran... sempena kitab Al-Quran diperturunkan oleh Allah s.w.t kpada nabi junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w... kitab al- Qran diturunkan pada malam ke 17 ramadhan... sebabtulah 17 ramadhan ni org panggil hari nuzul Quran... ok..paham adik2 sekalian... bisa ngerti ya semuanya...:)) ok..mari kita kupas satu persatu tentang nuzul al-Quran ni... kupas bawang sekejap lagi yer.... lambat lagi nih nak masuk waktu berbuka... lagi 4 jam.. :))

Bila dikatakan Nuzul, ianya adalah daripada perkataan arab.. yg membawa maksud turun.. kalau turun, maknanya dari atas ke bawah la.. kalau dari bawah ke atas, itu dipanggil naik.. imagine sikit yer...hehe..jadi, makna Nuzul al-Quran ini adalah penurunan al-Quran daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (Langit dunia) secara sekaligus.. kemudian diturunkan ke dalam dada Nabi s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s. secara berperingkat2 selama lebih kurang 23 tahun...
Al-Quran diajarkan oleh Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi s.a.w. menghafalnya dan mengajarkan kepada para sahabat Baginda.. dan melantik beberapa orang di kalangan Sahabat Baginda sebagai penulis wahyu.. iaitu menulis al-Quran. Ia ditulis di pelepah tamar, kulit2 haiwan, kulit kayu dsb.. bermakna, proses penulisan al-Quran telah berlaku pada zaman Nabi s.a.w. lagi...
kemudian bila dah siap ianya disimpan oleh Abu Bakr.. kemudian diwarisi Umar dan kemudian disimpan oleh Hafsah (isteri Nabi s.a.w.)..
Bila berlaku perluasan empayar Islam pada zaman Umar r.anhu, maka dihantar para sahabat untuk mengajarkan al-Quran kepada mereka2 yang baru memeluk Islam... Ketika zaman Uthman r.anhu, berlaku perselisihan di kalangan Sahabat apabila terdapat perbezaan dari sudut bacaan al-Quran (lahjah / dialek).. ini masuk bab Qiraat plak.. jadi, Saidina Uthman memerintahkan Zaid untuk menyalin kembali al-Quran dengan penulisan yang meraikan bacaan2 Qiraat tersebut.. Sbb itu kalau kita perhatikan, contohnya, dalam ayat ketiga surah al-Fatihah, perkataan Maaliki tidak ditulis dengan mim alif lam kaf (مالك) sbb ada Qiraat yg membaca dengan Maliki (tanpa mad pada Maaliki). Selain Rasm Uthmani ini, maka mushaf2 yg lain semuanya dibakar dan telah dipersetujui oleh semua Sahabat (ijmak Sahabat).. tapi, kaedah bacaan Qiraat ini masih dikekalkan sehingga kini.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
bertuahnya kitakan jadi umat nabi muhammad s.a.w... dilindungi oleh api neraka jika adanya al-quran dalam dada.. dan alhamdulillah dilahirkan dalam keluarga islam... dalam keluarga yang mengamalkan ayat al-Quran... alhamdulillah...








Tuesday, August 16, 2011

jantung hatiku~~ ibu~~

assalamualaikum~~..tak jawab doce...heeee

wah... bangun pagi2 nak update blog..nak tulis pasai ape yer ari ni.. sebelum tu pe khabar semua..anda sihat..?? dah sahur?? makn ape?? dah solat?? dah mandi?? kalau dah.. lets go to our topics... heeee
Hari ni dah hampir ke setengah bulan kita berpuasakan....? mcm mane??? penuh?? ke ade lubang2?? haaa.. tak mau..tak mau ada lubang2 yer... nanti allah tak sayang... <3<3<3

aigooo.. rasa rindu sama saya punya puan emak...  YESS... SAYA RINDU!!! I MISS U!!!

Tiga kata di atas sungguh sederhana namun mengandung berjuta makna... Tiga kata yang sangat dirindukan setiap ibu dari setiap anak-anaknya... Tiga kata yang sanggup melelehkan air mata dan meringankan beban setiap ibu yang telah mengandung, melahirkan, mendidik, dan membesarkan buah hatinya. Peluh ibu serasa tak sia-sia bila beliau mendengar ketiga kata itu terucap dari buah hatinya yang sangat gojes ini...haha... rindu..rindu...aisehhh.. rindu yang amat,,,rindu bila puan ibu cubit2 kejut bangun semayang subuh... rindu nak makan nasik kerabu..lawa ikan... dasik dagang.. ketupat.. rendang.. aigooo..... meleleh air liur..!!

tapi saya seorang yang degill..!! yes,, sangat degil..degil sangat..sangat2 degil..ape lagi nk cakap..mmg degil..selalu kena marah..selalu kena rotan..selalu kena bebel..selalu kena cubit sampai biru2 oleh puan emak..tapi saya tetap syg dia.. sebab kalau saya pikir2 balik.. tak pikir pun dah tahu sebenarnya.. tapi saja nak pikir juagk.. kalau dulu masa kecik2 puan ibu tak rotan saya bila saya buat silap..kalau puan ibu tak marah sy kalau sy degil..kalau puan ibu biarkan saya dengan kesilapan yang bodoh2 yang saya dah buat semua tu..saya takkan jadi saya yg hari ni... time kasih puan ibu yang baik hati..kerana merotan saya...mencubit saya.. malah mengurung saya lam bilik sorg2.. sebab nak bagi sy pengajaran.. sebab saya nakal.. dan saya tahu puan ibu bukan saje2 nak buat mcm tu... mesti puan ibu sedih sebab ada anak yang nakal mcm saya... sebenarnya sy pun lagila sedih sebab saya ni nakal..!!!

dan bila saya sakit.. puan ibulah org pertama yang susah hati.. ya.. saya sangat sedih sekarang ni.. bila inagt puan ibu sanggup bangun pepagi buta nak urut perut saya sebab saya sakit perut...  time kasih lagi puan ibu... puan ibu sangat baik dan cantik~~... saya sedih lagi bila saya ingat saya banyak sangat dosa ngan puan ibu.. tak sukanya... miss u alot... love u than much... muah..muah..

yes!! dia ibuku yg sangat gojes...muah..muah~~


Namun, sebagai anak, kita terkadang lupa atau bahkan pura-pura lupa untuk mengucapkan ketiga kata itu. Kita sering disibukkan oleh pelbagai urusan.sehingga kita lupa bahwa ibu kita sedang merindukan mendoakan anak-anaknya di rumah. Bahkan kita seringkali mengelak untuk mengunjungi ibu kita dengan alasan sibuk. oh saya tidak begitu wahai puan ibu...saya sangat sayang sama kamooo...

Kasih ibu,
kepada ku,
tak terkira sepanjang masa.
Slalu memberi,
tak harap kembali,
bagai sang surya menerangi dunia.
p/s:: saya tak tahu apa yng saya bebelkan kat atas sbb saya menaip dngn sangat laju sekali... kalah keta f1 maikel sumaker,,,(biarkan ejaan yg salah)
p/s:selamat berpuasa hari yg ke 16... have a great day.....:))

Monday, August 15, 2011

~~ majlis pertunangan dan akad nikah my sister~~~

assalamualaikum~~ tak jawab doce~~heeee

dengan ini mengishtiharkan..kakak saya sudah kawen.. inilah dia... taraaaaaaa....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


pic: by matnuat
hahaha....ok..tipu...

.
.
.

my sister lagi cantik dari ini ok...
selamat pengantin baru buat mereka..tanggal 27 syaban bersamaan dengan 29 julai 2011.. maka bersatulah hati mereka menjadi sepasang suami isteri.. dua merpati sejoli...sama serasi... setelah 7 tahun perkenalan.. diakhiri dengan lafaz ijab dan kabul.. semoga mereka kekal bahagia hingga ke syurga... adikmu ini tumpang bahagia..:))

 bersama anak2 nya.. baru kawen dah 3 anak...
haha..ok tipu lagi... tu anak2 sedara sume nyer...:))

 menyarungkan cincin pertunanagn..
beberapa minit sebelum diijabkabulkan,,,:))
bersemangat!! encik ayah tersenyum lebar..:))

 bersama mat rempittt:))

 selamat diijabkabulkan..:)) alhamdulillah...
bersatunya dua hati..

 bersama ibu mertuanya:))
bukan ibu mertuaku..:))

 duit raya,,,dduit raya..haha:))

bersama ashimah:))





ya ampun..inilah kek yang paling sedap..hahhahahaha


semoga kekal bahagia hingga
ke syurga...aminn...:))







bersama sebahagian adik beradik
adda, kakak amni, ilham, kak ta

 mohd himi bin abdullah && siti asmani binti abdullah
tok imam said.. saya pun bin abdullah...:))

mencium tangan bapa mertuamu...ambik berkat..:))


:))

:))

hanya senyuman kebahagiaan yang terukir:))
p/s:: jangan ditanya dimana saya...hahaha....:))
p/s lagi:: majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada hari raya ke-2..dijemput anda semua hadir ke rumah saya...:))

~~siti nurul atikah abdullah~~

sabar itu indah yer wahai adik-adik

assalamualaikum~~tak jawab doce..heeeeeeee~~~
Marah itu sangat mudah!!!! tapi sabar itu terlalulah indah.. maka perkara yang aku belajar hari ini adalah untuk bersabar.YA!!!.SABAR.aku sering dengar.'kita kena sabar.bla.bla.bla and so on' ataupon aku fikir orang yang cakap suruh kita bersabar adalah ayat yang digunakan untuk menyedapkan hati kita semata-mata.ya ALLAH,berdosanya aku ini.hakikatnya realiti hidup aku,hal kesabaran ini tidak lah meresap sepenuhnya ke dalam jiwa aku sebenarnya. malahan aku seorang yang cepat nak menyinga walhal benda yang kecik sekalipun. Aku tahu untuk sebut sabar tetapi tup tup,mengeluh.jahilnya aku ini.baru hari ini.baru aku tahu.baru aku perasan.baru aku sedar.betapa hebatnya SABAR ini dalam mempengaruhi hidup seorang makhluk yang bergelar manusia.

SABAR ini menjadikan aku untuk merendah diri menadah tangan berdoa supaya ditunjukkan jalan

SABAR ini mengingatkan aku bahawa aku ini hanyalah seorang hambaNya

SABAR ini memujuk aku untuk menerima ketentuan takdir

SABAR ini menyuruh aku untuk mencari hikmah disebalik setiap dugaan

SABAR ini menahan aku dari jatuh bahkan mengajar aku untuk lebih tabah menghadapi liku-liku hidup ini

SABAR ini membentuk aku menjadi manusia yang tidak berputus asa dan terus berusaha.
Allah juga telah menjanjikan pahala yang besar bagi orang2 yang sabar.. firman allah:
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas!" (QS. Az-Zumar:10).
"Dan berikanlah kabar gembira pada orang-orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata, 'Inna lillaahi wa inna ilahi raaji'uun'. Mereka itulah orang-orang yang mendapat rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk". (QS. Al-Baqarah:155-157)

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar" (Al-Anfal, 8 : ayat 46)
ya makanya bermula dari saat ini aku sudah tahu. maka dengan ini aku ingin dan ingin dan igin menjadi manusia yang penyabar.. kerana keindahan peribadi seeorang dapat dilihat melalui tahap kesabarannya. semakin seseorang itu mampu bersabar.semakin terserlah keindahan akhlaknya.

maka,bersabarlah wahai budak yang bernama tikah....
~~siti nurul atikah abdullah~~

Thursday, August 4, 2011

~~~RaMAdHaN iNi~~~







assalamualaikum w.b.t.






dah hari keempat puasa baru nak buat entry pasal puasa... selamat berpuasa semua...~~~






semoga amal ibadah yang dilakukan pada bulan yg penug berkah ini mendapat pahala yang setimpal atau sejajar dengan amalan kalian......aminn...







pada spe2 yg tak ingat niat puasa tu..meh sini kita remind balik... mane la tahu kan...kan puasa setahun sekali jer..mesti ada yg tak ingat kan....hehehehhe:))




ni niat untuk hari2 punya...








ni yang untuk setahun terus
selamat berpuasa semua...
tak sabar nak raya...hahah..bongok jer aku ni...::)
ape2 pun..semoga dapat ibadahku diterima allah...

Saturday, June 4, 2011

~~kasih yang suci~~

assalamualaikum sumer....



sudah berlama-lamaan tidak berblog yer... sangat bz.. cehhh ayat tk bleh bla... mcm la bz sngat.. mkn tido jer keje nyer... tak profesional langsung... tp nak wat mcm maner kan... diketika ini... keadaan.. tiada mengizinkan.... untukku melepaskan.. kata2... haahahhaa... ok.. lets go to our topics...
sangat.. sangat... sangat.. sukaaaaaaa citer nora elena... yeah...

novel yang aku sangat suka dulu telah diadaptasi... dah jadi drama dah... Aaron aziz plak tu yg berlakon.. wah sungguh sweet muweet dorang ni..... dah la heroin dia tu siti saleha... cantik melecun bagai nak rak...wah.. dah tak tahan ni.. korang kenal tk saper siti saleha ni... alaaaa.. adik pada sam bunkface tu... hahha.. dah mula la ni aku nk jadi murai. com ni...




tp syok gila meleleh cita tu wa ckp sama lu... sapa tk tengok rugi sioott... hahha.. sampai tahap tu keobsesan aku terhadap cita nora elena ni... lau korang tk tengok lagi.. cuba lah tengok.. syok habis doh..





petang2 mesti tercongak jer muka aku kat depan tv... yang penting mesti kat depan sekali.. dan time aku syok2 duk layan citer tu.. aku tak bagi sape2 pun yang berckap.. saper berani bercakap.. tahula nasib dia...haaa.... bengong kan aku ni... mcm tu lah cerita dia...











~~siti nurul atikah abdullah~~

Thursday, March 17, 2011

bidadari itu ada dibumi

dating macam ni ker yang anda mahu???


maner yang anda pilih???
nak jadi bidadari atau nak jadi pemaksiat tegar...
sangat sedey bila melihat bidadari-bidadari ini berdating sana sini...berpeluk2.. pegang2..
halal ker??? ya allah..
beginikah cinta??? cintakah lelaki itu kepada anda kalau begini yang mereka lakukan kepada anda??? fikirlah wahai perempuan???? apa yang anda dapat?? hanya cinta palsu semata2.. nauzubillah... ya allah... peliharalah diriku.. jauhkanlah diriku dari mendekati maksiat..
apakah cinta yang sebenarnya??? bagaimana islam memandang cinta?? bagaimana pula jika cinta sedang menghampiri kita??
cintailah yang halal...
C.I..N.T.A
dalam bahasa inggeris dipnggil 'love'.. dalam bahasa arab pulak dipanggil 'mahabbah' atau 'uhibbu'.. tak tahu betu ke tak.. kiki:) nak tahu dlm bahasa lain tanya cikgu bahasa masing2 okey..:)
yang aku tahu cinta pada asalnya bermakna bening atau bersih a.k.a suci.. apa itu bersih?? maknanya tak kotor la.. tp kalau dah buat yang macm gambar diatas tu .. tak der makna bersihnya.. tu mknanya dah ada something wrong lah tu kan..
islam memandang cinta dari 3 perspektif:
  1. menyintai kerana Allah s.w.t.. yakni(cewah.. guna bahasa kitab la plak)..:) cinta sepasang suami isteri dan berkahwin untuk mengelakkan daripada terjerumus melakukan maksiat..
  2. cinta yang mendatangkan murka Allah s.w.t yakni cinta atas dasar nafsu semata-mata..
  3. cinta yang tak disengajakan.. (yang ni tak berapa reti nak explain mcm maner..) cinta pandang pertama.. dan berusaha merahsiakannya dan menahan diri daripada melakukan maksiat.

jadik tuan2 dan puan2 sekalian yer.. mcm maner yer nak menguruskan perasaan cinta yang sedang menghampiri kita??(hurmmm.. scary nyer kan..) kita sendiri pun tak mampu nak menolak cinta yang datang sendiri kepada kita tanpa kita menjemputnya.. tanpa kita hantar kad undangan yang cantik2 mcm kad jemputan kenduri kawen gitu... kan..kan..

memang perasaan cinta itu susah untuk ditahan dan dibendung .. cuma kita sahaja yang hendaklah berlaku jujur dan menyalurkan cinta itu mengikut kehendak syariat..

perasaan 'cinta suci remaja' memang sudah biasa meniti dibibir remaja2 sekarang kan.. inagtlah bahawa bila berdua.. ada yang ketiga iatu encik syaitan a.k.a iblis laknatullah..

sahabat-sahabat sekalian....

jika kamu dan sahabatmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu... seprti cinta zulaikha kpda nabi yusuff.. cinta adam dan hawa.. yang membuatkan tidurmu sudah tidak lena lagi...makanmu sudah tidak kenyang lagi..mandimu sudah tidak lagi basah.. maka BERKAHWINLAH wahai tuan2 dan puan2 sekalian...( nak kawen jugak lah..)kiki:)

bukan aper wahai tuan2 dan puan2 sekalian.. ianya tak lain dan tak bukan hanyalah untuk menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat dan masa depan yang bersih.. suci dan soleh sepanjang generasi...:) insyaallah..

~~siti nurul atikah abdullah~~

~~saya sudah pandai~~

asalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
kiki:)
bagi salam pun dah macam gedik gitu...hihi.. ada aku kisah?????
suka ati la..
ada nampak lain tak??? nampak tak.. nampak tak....
sila tengok dengan teliti dan buat2 muka terkejut..kiki:)
haaa... lain kan.. makin cantik tak??? hihi.. blog saya dah makin cantikk..
itulah hasil dari meng explore adobe photoshop..kiki:)
berjaya menghasilkan satu banner baru...hahha...
tak kisah la kalau korang nak cakap.. gedik ker... tak lawa ker.. menyampah ker.. atau yang sewaktu dengan nyer ker.. tu korang punyer pasal la...
aku bukan nyer pandai sangat.. dan itu hanyalah hasil daripada pendiscoveran aku tentang mcm maner nk buat banner yang cantik dan kiut miut... tapi output dia.. hanya setakat ini jer yang mampu....
sebenarnya dah lama nak buat banner untuk blog ni.. tapi masa jer yang tak mengizinkan... tapi sebenarnya..(banyak pulak kebenarannya ni)... nak buat banner ni tak lah susah sangat... yang ni pun hanya ambik masa 15 minit jer... lepas ni boleh la tukar banner selalu.. kiki:)(lebey2 la palk kan..) .. cuma malas jer nk cuba buat.. bila dah buat.. rasa macam syok la plak kan.. best gitu..
nanti nk tukar banner setiap hari la macam ni...hihi:)(gedik!!!!)

nanti bila banner i yang lagi canti siap diedit.. i letak yer... hihi:)..
yang ni cuma nak tunjuk.. inilah banner pertama saya... yang berjaya saya siapkan dengan jayanya... (sila bagi tabik hormat)

=)kredit to abg kat pejabat ilqam kerana telah bersusah payah meng install kan adobe photoshop dlm laptop saya.. tq..


~~siti nurul atikah abdullah~~

Wednesday, March 16, 2011

kAmI dAn AcAdEmic HeiGhT.


assalamualaikum sumer...

taraaaa..... tikah kembali.... ceeewah... terasa seperti berada di studio... hahah..

jeng..jeng..jeng... ari ni terasa nak buat entry baru sebab dah lama rasanya blog ini bersarang bersama2 dengan sarangnya.. kan..kan.. mula2 nak buat blog kan main semangat... sumer semangat ada..waja..wira.. kenari.. pertiwi.. segala macam lagi semangat bergabung dan kebabooo. jadilah ultraman AT..kiki:) hahha.... tengok.. dah lari dari topik lagi... tulah pasal dulu masa cikgu BM ajar wat karangan.. tak nak menuntut ilmu dengan keikhlasan penuh didada.. kan sekarang dah banyak susah... selalu lari dari topik..

hahah.. hahahh.. ni cek nak cerito... mai dekat2..

rapat2...kiki..:)

weekend aritu kitorang iaitu terdiri daripada saya, sarah dan dayah gi jenjalan... ceh mcm la jauh sangat jln2 nyer.. padahal nun jauh diatas bukit.. bukit maner???? adakaha ia melebihi ketinggian gunung everest atau gunung kinabalu.. tidak sama sekali yer tuan2 dan puan2 sekalian.. ketinggiannya hanyalah setingkat bangunan.wakakakka...

berjalan2 disekitar uitm untuk menghilangkan segala resah gelisah yang berada dalam kepala hotak... nk buang persamaan2, equation2 yang tak der kena mengena dengan hidup pada hujung minggu..kiki:) jadi kami pun pegi la jejalan kat kawasan uitm ni.. bukan nk buang tapi nk letak dlm recycle bin untuk sementara waktu.. lau nk.. boleh restore balik kan... kan..

gambar diatas adalah buktinyer....:)

lagi nak cakap.. dah tk boleh update blog selalu.. bcoz.. exam dah dekat.. just around da corner.. orang lain sibuk study sampai tk kuar bilik.. tp aku????
best student pun asyik pegang note jer... alahai.. nak mandi pun bawak note ker??? makan pegang note... tapi aku masih ditahap sama.. tak nak berubah... kenapa..kenapa..dan kenapa??

lagi satu masalah yang membuat aku semakin bermasalah tak lain dan tak bukan adalah rasa cam nak balik rumah jer,... weekend jer tengok orang tarik beg nak balik rumah... jeles gila..:(. nak balik jugak... tapi tak boleyyy...tak boley... banyak keje... test belambak... quiz plak.. project lagi.. sabarlah duhai diri... hanya dikau yang mengerti.. kiki:)

walau aku senyum bukan bererti..
aku selalu bahagia dalam hari..
ada yang tak ada dihati..
dijiwa ini....hampa...
tuhan berikanlah aku cinta..
aku juga berhak bahagia...


~~siti nurul atikah abdullah~~

Thursday, March 3, 2011

maple vs ODE

lcturer tengah ajar maple... kita sonok2 update blog.. budush la tikah ni..kam..kam..

Monday, February 21, 2011

PerLukaH sY menAnGiS laGi??


kenapa mata ini perlu menangis lagi??
kenapa??
mengapa??
kenapa hati ini perlu disakiti lagi??
salah ker untuk menyayangi dan disayangi..???
tp air mata ni dh tak larat nk kuar...
walaupun hati dn perasaan ni tetap rasa sebak..


da kuar air mata tp sikit je.x puas.

nk kena tekup muka then nangis.
ala-ala ngajuk gitu.

nangis tepi pintu.

nk nangis @ x ??keh3x..nangis dlm hati ja.

nangis ke ni? hmm

tahap kritikal mcm baby nangis.kritikal ni kalo org tua nangis ceni.org tua la.sy remaja lg.

mgkin sy perlu doa menangis.mungkin sy dah lama x menangis padaNYA.


mungkin ni.
jawapan nyer ialah:: YA..
anda mmg perlu menangis lagi..

ye.jika seseorg tu sudah x mmpu menangis kerana takutkan Allah.menangis la dye krn x mampu untuk menangis takutkan Allah itu.
renung2 kan.walaupun mgkin ayat nye berbelit2 sikit.huhu.