awak tekan sy suka

Wednesday, August 17, 2011

~~nuzul Quran~~

assalamualaikum~~~ tak jawab doce..heee
dan salam 17 ramadhan...  haa..
==> adik2 sekalian..tahu tk ari ni ari ape..??
##tak tahu.. yang penting ari ni cuti kak..
==> cuti jer yg korang tahu erk...

urm..hari ni hari nuzul Quran... sempena kitab Al-Quran diperturunkan oleh Allah s.w.t kpada nabi junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w... kitab al- Qran diturunkan pada malam ke 17 ramadhan... sebabtulah 17 ramadhan ni org panggil hari nuzul Quran... ok..paham adik2 sekalian... bisa ngerti ya semuanya...:)) ok..mari kita kupas satu persatu tentang nuzul al-Quran ni... kupas bawang sekejap lagi yer.... lambat lagi nih nak masuk waktu berbuka... lagi 4 jam.. :))

Bila dikatakan Nuzul, ianya adalah daripada perkataan arab.. yg membawa maksud turun.. kalau turun, maknanya dari atas ke bawah la.. kalau dari bawah ke atas, itu dipanggil naik.. imagine sikit yer...hehe..jadi, makna Nuzul al-Quran ini adalah penurunan al-Quran daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (Langit dunia) secara sekaligus.. kemudian diturunkan ke dalam dada Nabi s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s. secara berperingkat2 selama lebih kurang 23 tahun...
Al-Quran diajarkan oleh Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi s.a.w. menghafalnya dan mengajarkan kepada para sahabat Baginda.. dan melantik beberapa orang di kalangan Sahabat Baginda sebagai penulis wahyu.. iaitu menulis al-Quran. Ia ditulis di pelepah tamar, kulit2 haiwan, kulit kayu dsb.. bermakna, proses penulisan al-Quran telah berlaku pada zaman Nabi s.a.w. lagi...
kemudian bila dah siap ianya disimpan oleh Abu Bakr.. kemudian diwarisi Umar dan kemudian disimpan oleh Hafsah (isteri Nabi s.a.w.)..
Bila berlaku perluasan empayar Islam pada zaman Umar r.anhu, maka dihantar para sahabat untuk mengajarkan al-Quran kepada mereka2 yang baru memeluk Islam... Ketika zaman Uthman r.anhu, berlaku perselisihan di kalangan Sahabat apabila terdapat perbezaan dari sudut bacaan al-Quran (lahjah / dialek).. ini masuk bab Qiraat plak.. jadi, Saidina Uthman memerintahkan Zaid untuk menyalin kembali al-Quran dengan penulisan yang meraikan bacaan2 Qiraat tersebut.. Sbb itu kalau kita perhatikan, contohnya, dalam ayat ketiga surah al-Fatihah, perkataan Maaliki tidak ditulis dengan mim alif lam kaf (مالك) sbb ada Qiraat yg membaca dengan Maliki (tanpa mad pada Maaliki). Selain Rasm Uthmani ini, maka mushaf2 yg lain semuanya dibakar dan telah dipersetujui oleh semua Sahabat (ijmak Sahabat).. tapi, kaedah bacaan Qiraat ini masih dikekalkan sehingga kini.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
bertuahnya kitakan jadi umat nabi muhammad s.a.w... dilindungi oleh api neraka jika adanya al-quran dalam dada.. dan alhamdulillah dilahirkan dalam keluarga islam... dalam keluarga yang mengamalkan ayat al-Quran... alhamdulillah...








No comments:

Post a Comment