awak tekan sy suka

Thursday, March 17, 2011

bidadari itu ada dibumi

dating macam ni ker yang anda mahu???


maner yang anda pilih???
nak jadi bidadari atau nak jadi pemaksiat tegar...
sangat sedey bila melihat bidadari-bidadari ini berdating sana sini...berpeluk2.. pegang2..
halal ker??? ya allah..
beginikah cinta??? cintakah lelaki itu kepada anda kalau begini yang mereka lakukan kepada anda??? fikirlah wahai perempuan???? apa yang anda dapat?? hanya cinta palsu semata2.. nauzubillah... ya allah... peliharalah diriku.. jauhkanlah diriku dari mendekati maksiat..
apakah cinta yang sebenarnya??? bagaimana islam memandang cinta?? bagaimana pula jika cinta sedang menghampiri kita??
cintailah yang halal...
C.I..N.T.A
dalam bahasa inggeris dipnggil 'love'.. dalam bahasa arab pulak dipanggil 'mahabbah' atau 'uhibbu'.. tak tahu betu ke tak.. kiki:) nak tahu dlm bahasa lain tanya cikgu bahasa masing2 okey..:)
yang aku tahu cinta pada asalnya bermakna bening atau bersih a.k.a suci.. apa itu bersih?? maknanya tak kotor la.. tp kalau dah buat yang macm gambar diatas tu .. tak der makna bersihnya.. tu mknanya dah ada something wrong lah tu kan..
islam memandang cinta dari 3 perspektif:
  1. menyintai kerana Allah s.w.t.. yakni(cewah.. guna bahasa kitab la plak)..:) cinta sepasang suami isteri dan berkahwin untuk mengelakkan daripada terjerumus melakukan maksiat..
  2. cinta yang mendatangkan murka Allah s.w.t yakni cinta atas dasar nafsu semata-mata..
  3. cinta yang tak disengajakan.. (yang ni tak berapa reti nak explain mcm maner..) cinta pandang pertama.. dan berusaha merahsiakannya dan menahan diri daripada melakukan maksiat.

jadik tuan2 dan puan2 sekalian yer.. mcm maner yer nak menguruskan perasaan cinta yang sedang menghampiri kita??(hurmmm.. scary nyer kan..) kita sendiri pun tak mampu nak menolak cinta yang datang sendiri kepada kita tanpa kita menjemputnya.. tanpa kita hantar kad undangan yang cantik2 mcm kad jemputan kenduri kawen gitu... kan..kan..

memang perasaan cinta itu susah untuk ditahan dan dibendung .. cuma kita sahaja yang hendaklah berlaku jujur dan menyalurkan cinta itu mengikut kehendak syariat..

perasaan 'cinta suci remaja' memang sudah biasa meniti dibibir remaja2 sekarang kan.. inagtlah bahawa bila berdua.. ada yang ketiga iatu encik syaitan a.k.a iblis laknatullah..

sahabat-sahabat sekalian....

jika kamu dan sahabatmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu... seprti cinta zulaikha kpda nabi yusuff.. cinta adam dan hawa.. yang membuatkan tidurmu sudah tidak lena lagi...makanmu sudah tidak kenyang lagi..mandimu sudah tidak lagi basah.. maka BERKAHWINLAH wahai tuan2 dan puan2 sekalian...( nak kawen jugak lah..)kiki:)

bukan aper wahai tuan2 dan puan2 sekalian.. ianya tak lain dan tak bukan hanyalah untuk menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat dan masa depan yang bersih.. suci dan soleh sepanjang generasi...:) insyaallah..

~~siti nurul atikah abdullah~~

No comments:

Post a Comment