awak tekan sy suka

Monday, April 20, 2015

pleaseeee!! buatlah surprise

assalamualaikum hello hi... ((:
hari ni nak cerita kisah partner a.k.a encik somi yang romantic blurr...

Kalau tengok cerita melayu especially, watak utama lelaki romantik punya lah macam penipu sangat nyer la dengan adegan ( engineer sanggup berenti keje sebab nak bersama dengan orang yang tercinta). Tapi walaupun macam nampak penipu dan menipu tapi sikit2 tu terpedaya  lah jugak ! haha. Yela, sengih2 jugak lah depan tv tu sambil tergedik- gedik "eeeey sweet cakelat stobery nye la laki tu" "kan best dapat laki mcm tu" "ee nak jugak somi cenggitu" !. Dek tertipu dengan watak romantik walaupun at the same time rasan "penipu woi ada ke lelaki romantic macam ni dalam dunia".haha

Watak lelaki romantic yang typical selalu lelaki tu surprise beli bunga lah, surprise belikan chocolate lah, surprise buatkan candle light dinner lah, surprise bawak jet then ada asap kepol2 bentuk love lah, bf terjun parachute bawak bunga then sarung cincin sambil terbang lah. ok melampau! haha. tapi benda macam tu semua buat wanita berhati gadis macam haku ni jadi hati bunga2 je tau. dan harap pun boleh buat terjun parachute dengan encik somi bawak cincin then sarungkan then cakap i love you.. wallaweh..  melampau lah sangat..:P Letak bunga dalam boot kete? misalnya!! haha meh2 nora elena nih... koya teh! .

Okay, pernah satu time dulu aku gi makan ngan encik somi.. then masa tu ada satu laki tu surprisekan gepren dia. Ceh, dengan bunga nye.. coklat nye.. jeles aku.. nampak macam dalam drama sangat ! so masa tu. dalam hati aku. (dalam hati je)" eh! best nye" .. then lepas tu muncung. tanpa sorang pun tahu sebab musabab aku bermuncung 3 depa ! encik somi aku.. dari masa bercinta.. lepas kawen.. sekalipun x penah belikan aku bunga.. *ok! fine !*cincin pun masa kawen je.. sigh.. sedih kot..  aku ada jugak rasa macam nak tanya.. "emm knape abe tak penah pun nak buat seprise mcm tu?".. then tetiba tak jadilah nak tanya.. 

Aku bukan nye nak meminta ke ape.. tapi aku pelik jugak.. bukan ke bunga, cincin tu benda yang sweet dan typical yang lelaki patut tahu and try beri pada cinta hati masing2.? .supaya gepren mereka menjadi ceria dan makin sayang pada mereka.. dan hati terus berbunga2..  buat lah surprise. Tapi bila fikir2 balik , tiap orang tu ada caranya yang tersendiri untuk tunjukkan kasih sayang diorang kat cinta hati diorang yang diorang suka dan love sangat tu... but masing2 ok. lain-lain. tak sama !!.  kenapalah aku sibuk-sibuk mengharapkan encik somi aku tu cuba buat surprise untuk aku ! tak gud idea right?? lol !! no good la saya ni. Sian somi saya sbb dapat isteri cam saya. dush!!

eh penah sekali..  Jam aku rosak.. then dia belikan jam baru.. masa tu dia hantar gi kelas.. masa dia ambik aku masa balik kelas petang tu. masa tu sebenarnya dia belikan jam baru untuk aku. Aku tengok dia relax .cool. je. tp mcm ada pelik je.. aku tengok dia pakai jam lain. then aku tanya.. ooo jam baru !!! *masa tu ingat jam tu jam dia* . pastu dia ckp tak lah. dah lama dah.. then aku ckp "tipu!!" "tak penah nampak pun". dia pun tanggalkan jam dia then pakaikan dekat tangan aku.. hihi.. beli jam untuk aku rupenye... :P tapi bukan sempena apa-apa hari pun. bukan hari jadi dan bukan juga anniversary ! Just sebab dia tengok jam yang saya pakai buruk sangat dan selalu rosak-rosak2. tu je!

Bila fikir-fikir balik, i dont need any surprise pun.. Banyak je benda yang dia (encik somi)  buat is spontaneously dah buat aku happy sangat dah pun. ( tak yah nak surprise bagi bunga, melutut and tiba-tiba bagi cincin ke, terjun dari kapal terbang then jerit aku cinta padamu ke !misalnya! lagi satu dia mmg tak pandai nak surprise-surprise pun. Kalau nak buat surprise pun mesti dia bagitahu jugak sebab dia rasa excited dan tak sabar.haha. so surprise takkan menjadi !. sobs.

cium bunga sama-sama di tepi taman ! ohh! takde!


melutut ??  ohh tak de ! 




sarungkan rantai di candle light dinner ?? takde jugak. haha







kejutan dilamar sekali lagi di tepi pantai ?? oh.. lagi lah takde.. lagi-lagi..  ):
 Tapi sekarang bila dah matang, dah rasa dah surprise-surprise dalam tv tu semua tak sweet pun , dan tak realistic sangat pun sebenarnya. hihi. * padahal pujuk hati sendiri je* 

surprise yang menyentuh hati tak semestinya kena ada orang main piano lagu romantik kat sebelah somi menyarungkan rantai kat tengkuk (ayat sedapkan hati sendiri *sigh* ). okay !. noted ! *suami tolong sapu rumah tiba2 pun romantik okay! muahahaha *

neway !! awak2 orang lelaki tu.. kalau tak reti nak buat surprise yang hebat- hebat pun.. cubalah masak ke.. Confirm bini korang cair.. then hati berbunga2 sambil menggosok perut masing2.. bahahaha.. :) ok ! aku je macam tu.. * statement sedar diri.*


haha.. ok . bye!

No comments:

Post a Comment