awak tekan sy suka

Thursday, October 14, 2010

kapan kokk....????

salam..


wo wo wo...sila jangan salah paham dengan statement diatas,maksud aku bukan membesar secara fizikal tapi membesar maksudnya jadi dewasa. kalau secara fizikal,aku rasa memang aku ni dah terlebih besar dah ni. agak2 diana dianelle pun tak besar macam aku walupun kami sama umur.eh,jap..same ke ek?? macam dia lagi muda je rasanya. ah,tak kisah la. lagipun topik aku sekarang ni takde kena mengena dengan diana danielle mahupun skandal teman tapi mesranya,farid kamil. alamak,apsal ayat macam murai.com plak ni.hahaha



bila la aku nak besar..bilo la ambo nak besar,kapan kok aku bisa jadi dewasa..ayat2 diatas ni memang selalu sangat bermain kat pikiran aku ni. aku pun tak tau nape dorang asyik dok main kat pikiran aku je,bukan kat playground mahupun funfair.alasan kenapa aku nak sangat jadi dewasa sudah tentu bukan sebab aku tak sabar nak mengundi dalam pilihanraya mahupun dapat masuk ke pusat2 hiburan tanpa ditahan..nauzubiilah hi min zalik..tapi sebab aku dah penat nak menyusahkan dan bergantung pada orang disekeliling aku.


yes,aku nak jadi manusia yang berdikari dan tak perlu bergantung pada orang lain lagi.
benda ni simple je,aku pikir bila aku dah kerja,dapt gaji,ada kete sendiri yang dibeli dengan duit sendiri,kan hidup lebih senang.



sekarang ni nak pegi mana2,naik bas maraliner je,paling ganas pun naik teksi nissan pakcik hassan,tu pun kena layan lawak2 dia yang tak lawak langsung tu baru dapat murah. bukan aku tak bersyukur,tapi kalau ada kete kan lagi senang dan praktikal.

honda city idaman hati


pastu kalau nak shopping ke tengok wayang ke,takde lah dibelenggu rasa bersalah sangat sebab guna duit yang sepatutnya guna untuk beli buku2 aku guna buat berjoli frog. (cey..rasa bersalah ke?).kalau guna duit dari gaji sendiri mesti tahap kepuasan dia berada di tahap maksimum kan
lagi satu,senang sikit nak beramal jariah. maksudnya,bukanlah sekarang ni tak boleh nak menderma ke hape,cuma agak terbantut la sikit sebab duit buat masa sekarang ni,banyak mana la sangat kan.

sebenarnya memang banyak lagi alasan2 lain yang kukuh kenapa aku nak cepat2 besar,keje dan ada duit sendiri. memang banyak.

orang lain pun mesti ada perasaan yang sama kan??

No comments:

Post a Comment