awak tekan sy suka

Sunday, April 11, 2010

wanita idaman islam




salam... aku baru je tbaca satu article kat website iluvislam(menarik wbsite ni,sape yg xpnah bca,try n try la ushar ye).. article tu sal btajuk 'wanita idaman Islam' and walaupon agak cliche,article ni m'ibaratkan wanita sprti bunga.dia buat p'bandingan antara bunga mawar yg bduri susah didekati,lebih dhargai,dhormati
dan bunga yg cantik tapi tak dlindungi,senang dpegang,senang didekati oleh semua orang.. pastu soalannya..anda mahu jadi bunga yg mana satu??? aku pause kjap mbaca..jadi bnga yg cantik,famous,snang didekati mmg best tapi bunga yg cam tu msti cepat kuyu sbb ramai sgt org pegang..xkuyu pun,msti jadi kotor n itam so,i choose to be mawar yg bduri tu..tapi,aku tak tau sama ada aku ni cukup kuat nak jadi macam tu..maklumlah,aku ni kan jenis bnyak ckap,hoo haa sana sini,kuat gelak,peramah xtentu hala.. but,i'll try my best ntuk jadi wanita idaman Islam itu.insyaallah..
jom jadi mawar bduri!!!then,nak luah prasaan ni..bukan nak cakapi lab u,u lab me ke ape.. cuma nak kongsi ttg secubit(scubit je tau) prasaan marah kpda seseorg ni.xprlu la nk sebut nama.kalau nak kira,xde la marah sgt pun,cuma kdg2 aku geram cket bila ada org yg suka lepas tgn dri tggungjwb..mcm2 alasan dikasi.. n FYI,ak ni kalau marah ke geram kat org,aku mmg xbley nak pndg pun mata org tu,try sedaya upaya nk elak dri bckap dgn org tu..xtau nape..ni mgkin salah stu cara utk ak mengelak dari tkeluar ayat2 power dari mulut ni.. n sbb ak xsuka bgaduh kot.. tapi,insyaallh,aku cuba bsabar n btahan.. SABAR ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN

hari tu aku ada baca novel seindah mawar berduri.. citer dia best sangat.. karya fatimah syarha mohd nordin.. ni aku citer sikit yer pasal novel tu...


Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.

Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman.
Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?
Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu?
dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?
Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,
“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…

Bingkisan tinta ini ditujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam percintaan…
Buatmu…
pencari cinta sejati, cinta yang abadi….
Terimalah….
Seindah Mawar Berduri…

No comments:

Post a Comment